Hiburan

Miley Cyrus berkucupan dengan model Victoria’s Secret!

By  | 

DESAS-DESUS yang mendakwa penyanyi dan pelakon Miley Cyrus bercinta dengan kaum sejenis terbukti benar apabila rakaman paparazi yang menunjukkan Miley dan kekasihnya, Stella Maxwell, model pakaian dalam jenama Victoria’s Secret tersebar di internet.

Menerusi video yang berdurasi lebih kurang seminit itu, Miley dan Stella, yang kerap memuat naik gambar bersama di akaun Instagram masing-masing sebelum ini dilihat asyik berkucup sambil berpelukan.

Sekitar bulan lalu, penghibur berusia 22 tahun itu mengakui tidak pernah mendiskriminasi apabila bercakap perihal cinta. Begitupun, Miley turut berkongsi sukar untuk memberitahu tentang perkara tersebut kepada ibunya, Tish.

Sewaktu berusai 14 tahun, saya memberitahu ibu saya bahawa saya menyukai perempuan. Ibu saya bertanya apakah maksud kenyataan saya itu. Lalu saya berkata, saya mencintai mereka (kaum perempuan). Saya mencintai mereka sama seperti saya mencintai lelaki. Pada waktu itu, ibu saya sukar untuk menerimanya,” jelas Miley pada majalah People.

Miley sebelum ini pernah mengikat tali pertunangan dengan pelakon Liam Hemsworth selepas menjalinkan hubungan cinta selama tiga tahun. Bagaimanapun, pasangan itu berpisah pada musim luruh 2013. Kemudian, Miley bercinta dengan Patrick Schwarzenegger selama lima bulan sebelum berpisah April lalu.

Kredit photo: People

Comments

comments

Memulakan karier sebagai pembantu editorial untuk sebuah majalah bertemakan perkahwinan sekitar empat tahun yang lalu, langkah jejaka ini dalam bidang penulisan semakin berkembang tatkala idea untuk membina empayar kandungan digital Pepatung tercetus olehnya.

Tinggalkan Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *