Mengenang Paul Walker

0
16

MASIH ligat aksi aktor Paul Walker yang menggalas watak Brian O’Conner dalam francais filem Fast & Furious bermain di minda peminatnya. Agak sukar untuk menerima kenyataan bahawa pelakon itu telah meninggal dunia pada usia 40 tahun dalam sebuah kemalangan yang tragis di Santa Clarita, California, Amerika Syarikat genap setahun yang lalu.

Namun, legasi Paul masih utuh disambung oleh rakan-rakan seperjuangannya menerusi bahagian ketujuh francais filem tersebut. Awal bulan lalu, pada majlis tayangan perdana sedutan filem Furious 7, rakannya, Vin Diesel mengimbau kembali saat-saat manis bekerja dengannya.

Paul 3

“Apabila saya menonton filem lakonan kami, segala rasa dari segenap ruang mulai timbul. Apa yang saya lihat adalah keluarga, yang bermula daripada nilai persahabatan yang dicetuskan oleh Dom dan Brian.

Paul 4

“Ia sangat menyentuh hati kerana kami telah kehilangan seorang yang sangat istimewa, seistimewa seorang malaikat,” jelasnya.

Kredit gambar: F. Seefried/WireImage, Buda Mendes/LatinContent/Getty Images

 

KONGSI
Artikel sebelumnya11 Magis Nivea Whitening Serum
Artikel seterusnya7 Permainan Epik Zaman Kanak-Kanak
Memulakan karier sebagai pembantu editorial untuk sebuah majalah bertemakan perkahwinan sekitar empat tahun yang lalu, langkah jejaka ini dalam bidang penulisan semakin berkembang tatkala idea untuk membina empayar kandungan digital Pepatung tercetus olehnya.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini