Hiburan

Menahan Rindu versi Dato Siti Nurhaliza

By  | 

PADA majlis pelancaran album terbaharu Dato Siti Nurhaliza beberapa hari lalu, beliau diminta wartawan untuk menyanyikan sedikit lagu Menahan Rindu dendangan Wany Hasrita.

Siti menyahut cabaran tersebut dan menyanyikan bahagian korus lagu tersebut. Video berdurasi kira-kira 1 minit itu dikongsikan akaun twitter @sutramaya dan setakat ini di-retweet hampir 19,000 pengguna.

Wany Hasrita juga membalas tweet tersebut dengan respons: “Saya boleh bermimpi sepanjang hayat saya kalau macam ni. Terima kasih banyak TokTi!”

Sementara itu, album SimetriSiti bakal menemui peminat menjelang 10 Mei 2017 dalam bentuk fizikal dan digital.

Comments

comments

Tinggalkan Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *