Mel B pernah bercium dengan kesemua ahli Spice Girls

0
43

OOPSS! Nampaknya, seseorang inginkan publisiti. Penyanyi dan bintang realiti, Mel B mendedahkan, dia pernah berkucupan dengan kesemua ahli Spice Girls ketika mereka masih lagi bersama.

Mel B atau nama sebenarnya Melanie Brown berkata, dia berbuat demikian kerana ingin mengetahui sama ada subang yang ditindik pada permukaan lidahnya tidak memberi kesan yang teruk pada individu lain.

Bercakap dengan majalah Attitude mengenai orentasi seksualnya terhadap wanita, Mel B memberitahu: “Ketika umur saya 17 tahun, saya mahu mencuba semua perkara bersama perempuan. Tetapi sekarang tidak.

“Saya pernah berkucup dengan kesemua ahli Spice Girls. Perbuatan itu langsung tidak melibatkan perasaan seksual. Sejujurnya, saya sedikit paranoid dengan keadaan subang lidah saya. Saya bertanya adakah mereka terasa sakit atau pelik ketika bercium dengan saya. Tetapi apa yang saya dapat sebagai balasan adalah yuck!” ujarnya.

Baru-baru ini, Mel B turut mendedahkan dia pernah menjalinkan hubungan dengan seorang wanita selama empat tahun. Girl power!

girl power

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini