Maroon 5 penipu – Video Sugar adalah lakonan semata-mata

0
14

JANGAN cepat terpedaya. Jika anda fikir klip video terbaharu Maroon 5, Sugar adalah sebuah ‘kejutan’ yang benar-benar berlaku, fikir sekali lagi. Dan demi kesejahteraan laman sosial sejagat, hentikanlah berkongsi video berkenaan di Facebook sambil meletakkan komen, “sweetnya!“.

Mungkin kebanyakan pengguna internet mengamalkan sikap “jangan percaya apa yang dilihat atau dibaca di internet“. Mungkin, klip video ini adalah antara sebab mengapa anda harus terus berpegang pada ketegasan sikap anda itu.

Terima kasih wartawan Alex Rees dari Cosmopolitan yang berjaya merungkai pelakon-pelakon yang diupah untuk menjayakan video yang diarahkan oleh David Dobkin ini. Baca huraian berikut:

1. Pengantin lelaki dalam babak pertama adalah pelakonĀ Nico Evers-Swindell.

Sugar 01

2. Lebih lucu, lelaki yang ‘terkejut’ di meja makan pada babak yang sama juga adalah seorang pelakon. Namanya ialah Eric Statterber. Tak percaya, cari namanya di Twitter.

Sugar 02

Sugar 03

3. Majlis perkahwinan pasangan Asia di dalam video tersebut juga sama dengan babak yang boleh ditonton menerusi filem Wedding Crasher (yang turut diarahkan oleh David Dobkin. HAHAHA!)

Sugar 04

4. Tetapi, apa yang paling penting, sebilangan pelakon mengakui bahawa mereka dibayar untuk membintangi klip video tersebut.

Sugar 05

5. Dan yang paling akhir, gadis berambut coklat itu adalah Raina Hein, pelakon dan juga bekas peserta rancangan America’s Next Top Model Cycle 14.

Sugar 6

Mungkin Maroon 5 tidak perlu menipu untuk menjadikan video tersebut viral. Melihat pada kualiti gambarnya sahaja jelas menunjukkan bahawa video itu dibikin menggunakan kamera yang biasanya digunakan untuk merakamkan klip video.

Habis cerita dan boleh move on.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini