Mario Lopez akui rasa bodoh selepas hilang teruna pada usia 13 tahun

0
53

PELAKON dan pengacara, Mario Lopez pernah mengakui kehilangan teruna seawal usia 13 tahun menerusi memoir tulisannya, Just Between Us. Namun, dalam temu bual yang dijalankan oleh portal HuffPost Live baru-baru ini, pelakon yang pernah menempa nama menerusi rancangan Saved By The Bell itu mengulas lanjut mengenai insiden itu dan menyifatkannya sebagai sesuatu yang ‘bodoh’ dan ‘sukar untuk dipercayai’.

Just Between Us

Saya tidak tahu apa yang saya buat ketika itu,” tuturnya. “Mungkin ia tidak sepatutnya dikira. Tetapi, bila difikirkan semula, saya seperti tidak merasai apa-apa kerana pada waktu itu, saya langsung tidak faham apa yang saya lakukan. Tak sangka saya sebodoh itu,” katanya lagi.

Dalam pada itu, koresponden untuk rancangan Extra itu memberitahu, kehilangan teruna seawal usia 13 tahun telah memberinya banyak pengajaran ketika sedang membesar di kampung halamannya.

Kebanyakan orang membesar dengan begitu cepat di sana.

Setiap daripada mereka mula melakukan sesuatu perkara pada usia yang sangat muda daripada yang sepatutnya,” terang Mario.

Mengakui sedikit gusar apabila anak-anaknya mungkin mendapat tahu tentang kisah seksnya menerusi buku, Mario bagaimanapun tidak kisah jika mereka mengikuti jejak langkahnya itu.

Mereka tidak membesar dalam suasana yang serupa dengan saya. Mereka sungguh bertuah,” jelasnya lagi.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini