Hiburan

Maduku Kalut Returns menghiburkan

By  | 

TIDAK dinafikan, walaupun naskhah yang dibikin semula ini tampak ringan, namun, pengisiannya sungguh padat dan melucukan.

Ditambah dengan aksi pelakon-pelakon yang mempunyai asas dalam bidang teater, Maduku Kalut Returns boleh dikategorikan sebagai menghiburkan.

Madu05

Dibarisi oleh pemain-pemain seperti Remy Ishak, Nad Zainal, Jihan Muse, Sherry Alhadad dan Dafi, Madu Ku Kalut Returns yang mula dipentaskan pada 7 Ogos lalu mengisahkan tentang seorang pemandu teksi, Selamat yang berusaha untuk melarikan diri daripada menemukan kedua-dua orang isterinya dalam satu masa.

Konflik mula tercetus apabila kedua-dua isterinya melaporkan kehilangan Selamat kepada pihak polis dan dari situ, bermulalah masalah tegang antara mereka.

Memaparkan nilai nilai komersial yang tinggi, Maduku Kalut Returns bakal membawa penonton untuk mengupas mengenai isu-isu semasa, dengan secara lebih santai dan bersahaja.

Maduku Kalut Returns dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur hingga 9 Ogos depan. Tiket untuk menonton persembahan ini boleh didapati secara online di AirAsiaRedtix dengan harga RM35, RM45, RM65, RM85, RM105 dan 155 untuk tiket platinum.

Comments

comments

Memulakan karier sebagai pembantu editorial untuk sebuah majalah bertemakan perkahwinan sekitar empat tahun yang lalu, langkah jejaka ini dalam bidang penulisan semakin berkembang tatkala idea untuk membina empayar kandungan digital Pepatung tercetus olehnya.

Tinggalkan Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *