PENYANYI dan pelakon Elly Mazlein melahirkan rasa lega apabila Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor baru-baru ini telah menolak tuntutan yang difailkan bekas suaminya, Azmi Hatta terhadap hak penjagaan anak mereka, Putri Sara Sefhia yang kini berusia dua tahun.

Menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman Instagramnya, Elly berkata, Azmi menuduhnya tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu dengan baik.

Assalamualaikum semua . Alhamdulillah di bulan yg Mulia kakak lina dpt keadilan . Syukur Alhamdulillah . Mahkamah tolak tuntutan @azmi_hata utk Penjarakan kakak lina . Salah 1 alasan @azmi_hata adalah , azmi kata kakak lina mama yg tidak bertanggungjwb kpd Sefhia 😢 . @azmi_hata sgt kejam punya impian nak pisahkn kakak lina dgn manja . X tahu la bile agaknya @azmi_hata nak move on . Sepatutnya ikut akal logic, kakak lina la yg lebih patut berdendam sebab @azmi_hata dah nikah, dah ada baby, keluarga sempura . Klu nak di bandingkan dgn kakak lina selepas bercerai smpai skrg belum bernikah , hanya ada sefhia dan menjaga abah .. mama da meninggal . Mereka lebih sempurna tetapi mengapa mereka masih berdendam dan tidak abis2 nak seksa & kacau kehidupan kami 3 beranak . Xpe dugaan utk kakak lina .. InsyaAllah kakak lina x akn mngalah . Lepas ni kakak lina akan usahakan pula, nak usulkan cadangan utk meminta pihak produksi yg @azmi_hata sedang bekerja utk meminta pihak produksi tersebut memotong gaji @azmi_hata setiap bulan utk pembayaran nafkah sefhia yg hanya rm1500 . @azmi_hata wajib memberi nafkah kepada sefhia.. kakak lina bersyukur dan kakak lina mampu sara sefhia dgn rezki yg Allah bg ni, InsyaAllah ..cuma kakak lina nak @azmi_hata bertanggungjwb kpd sefhia .. tu duit sefhia, hak dia . Moga kisah kakak lina menjd iktibar buat semua . Tq buat En Mahyuddin selaku peguam kakak lina yg telah menjlnkan tugas dgn baik sekali..syukur rezki kita . Buat @azmi_hata Nak nikah berderet boleh.. nak anak ramai boleh.. tp bayarlah nafkah anak . Dah la duit hantaran nikah dulu pun kakak lina x dpt.. duit iddah selepas bercerai pun x dpt .. tp kakak lina x kisah , kakak lina halal kan . Tp duit manja kau jgn buat hal ye .. aku panggil #hanani rambut kuih lompang coklat gi jumpa kau , baru kau tau

A post shared by 🎀ELSefhia 🎀 (@iamellymazlein) on

Syukur alhamdulillah. Mahkamah tolak tuntutan Azmi untuk penjarakan saya. Salah satu alasan Azmi, dia kata saya ibu kepada Sefhia.

Azmi sangat kejam, punya impian nak pisahkan saya dengan Manja (nama panggilan Sefhia. Tak tahu bila agaknya Azmi mahu move on,” katanya.

Sementara itu, biarpun Elly berkemampuan untuk menjaga anaknya sendiri, namun, Elly menegaskan bahawa wang nafkah adalah hak yang patut diterima oleh anaknya.

Lepas ni saya nak usahakan usul cadangan untuk meminta pihak produksi yang Azmi sedang bekerja untuk meminta pihak produksi tersebut memotong gajinya setiap bulan untuk membayar nafkah Sefhia hanya RM1,500,” katanya lagi.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini