Lima legenda rock yang membunuh diri

0
22
{"total_effects_actions":0,"total_draw_time":0,"layers_used":0,"effects_tried":0,"total_draw_actions":0,"total_editor_actions":{"border":0,"frame":0,"mask":0,"lensflare":0,"clipart":0,"text":0,"square_fit":0,"shape_mask":0,"callout":0},"effects_applied":0,"uid":"B5089273-38E6-48E0-AAA6-BA768BBB43DD_1500633459264","sources":[],"photos_added":0,"total_effects_time":0,"tools_used":{"tilt_shift":0,"resize":0,"adjust":0,"curves":0,"motion":0,"perspective":0,"clone":0,"crop":0,"enhance":0,"selection":0,"free_crop":0,"flip_rotate":0,"shape_crop":0,"stretch":0},"width":3343,"source":"editor","origin":"collage","height":2508,"subsource":"done_button","total_editor_time":11,"brushes_used":0}

DUNIA dikejutkan dengan kematian vokalis utama Linkin Park. Chester Bennington, 41, dilaporkan mengalami tekanan perasaan dan depresi sejak kecil susulan perceraian ibu bapanya.

FOTO / LIVE NATION

Ketika zaman kanak-kanak, dia menetap bersama bapanya dan didakwa sering didera. Malah, Chester juga selalu menerima serangan seksual daripada rakan-rakannya.

Namun, dia hanya mendiamkan perkara tersebut kerana bimbang masyarakat akan menggelarnya sebagai homoseksual.

Pernah terbabit dengan penyalahgunaan dadah dan alkohol. Awal pagi tadi, Chester ditemui tergantung dalam bilik oleh rakannya.

Chester bukan bintang rock atau artis pertama yang membunuh diri. Antara bintang yang pernah menghiburkan dunia dan membunuh diri adalah seperti berikut:

1 . Kurt Cobain

 FOTO / BIO

Kurt Cobain lahir pada 20 Februari 1967 memulakan karier sebagai penyanyi kumpulan grunge Nirvana. Antara lagu-lagu hit mereka termasuklah Smells Like Teen Sprit dan Rape Me.

Beliau pernah berkahwin dengan Courtney Love pada 24 Februari 1992 dan dikurniakan seorang anak perempuan yang diberi nama Frances Bean Cobain.

Tanggal 8 April 1994, mayat beliau ditemui di garaj atas rumahnya di Lake Washington akibat pengambilan dadah berlebihan.

2 . Alexander Bashlachev

FOTO / ALCHETRON

Dilahirkan di Cherepovets, Kesatuan Soviet dan merupakan graduan Ural State University di Yekaterinburg dalam jurusan kewartawanan.

Memulakan karier seni dengan menulis lagu berjudul Griboyedow Waltz  dan selepas tamat pengajian, beliau pernah bekerja sebagai penulis di sebuah akhbar.

Tahun 1984 menyaksikan beliau menghadiri sebuah festival di Leningrad dan dari situ beliau telah dijemput Artem Troitsky untuk menulis dan mencipta lagu.

Selepas itu, pada Mac 1985 beliau telah membuat persembahan bersama Yuri Shevchuk di Festival Rock Leningrad.

Beliau mengalami tekanan perasaan dan sebelum meninggal dunia, beliau sempat menulis sebuah lagu berjudul Cherry pada Ogos 1987.

Beliau dilaporkan membunuh diri dengan terjun dari sebuah pangsapuri dari tingkat sembilan.

3 . Jimi Hendrix 

 

FOTO / THE ERIC ALPER

Gitaris terkenal ini meninggal dunia pada 8 September 1970 di London pada usia 27 tahun.

Sebelum kematian menjengah, beliau didapati mengalami tekanan akibat percintaan, kekurangan tidur dan juga dari dunia muzik sendiri.

Beliau mengakhiri hidup dengan menelan pil tidur secara berlebihan. Mayat beliau telah ditemui oleh Moniks Dannemann pada pagi 18 September.

4 . Janis Joplin

FOTO / JAMPOL ARTIST MANAGEMENT

Penyanyi rock wanita ini lahir pada 19 Januari 1943 di Texas, Amerika Syarikat. Beliau pernah mengeluarkan tiga album sebelum membunuh diri.

Ibu beliau bernama Dorotothy Bonita East dan ayahnya bernama Seth Ward Joplin.

Beliau mempunyai dua orang adik yang bernama Michael dan Laura. Joplin pernah menyambung pelajaran di Lamar State College of Technology di Texas dan University of Texas Austin namun beliau tidak pernah menghabiskan pelajaran.

Beliau pernah bergabung dengan kumpulan  Big Brother & The Holding Company.

Joplin membunuh diri dengan pengambilan heroin berlebihan akibat kemurungan melampau.

5 . Peter Ham

FOTO / WALES ONLINE

Gitaris dan penyanyi rock ini lahir pada 27 April 1947 dan merupakan seorang vokalis dan komposer kugiran rock Badfinger tahun 1970-an.

Antara lagu-lagu hit mereka adalah No matter, What dan Day After Day. Ketika era kegemilangan, beliau pernah mendapat dua anugerah Novello pada tahun 1973.

Peter Ham membunuh diri akibat tekanan perasaan terhadap syarikat rakamannya selain bermasalah dengan pengurus dan juga kesempitan wang.

 

SUMBER : RIM TV.COM

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini