Hiburan

5 lagu tentang seksisme yang wajib dimainkan oleh golongan wanita

By  | 

KAUM wanita sering dianggap sebagai kelompok golongan yang lemah. Saban hari, ada sahaja kes atau tragedi yang melibatkan golongan tersebut ditindas serta dikasari. Bagaimanapun, ia tidak menjadi penghalang buat mereka untuk terus sukses, maju ke hadapan dan seterusnya mencapai kejayaan.

Justeru, bagi mengembalikan semangat golongan wanita, Pepatung menghimpunkan lima buah lagu tentang seksisme yang wajib ada dalam playlist lagu-lagu mereka:

1) Seksis oleh Anita Sarawak
Menerusi lagu ini, Anita Sarawak meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap layanan berat sebelah oleh kaum lelaki terhadap wanita. Apa sahaja yang dilakukan oleh kaum wanita, pasti tidak kena di mata lelaki.

Bait lirik paling diingati: “Jangan pandang ku sebelah mata hanya kerna nama ku wanita. Walau ada kelemahannya, engkau pun tidaknya.”

2) Who Run The World (Girls) oleh Beyoncé
Beyoncé memang cukup terkenal dengan lagu-lagu motivasi untuk golongan wanita. Lagu ini tidak lebih daripada memberikan lontaran positif terhadap kaum hawa.

Bait lirik paling diingati: “Who run the world? Girls!

3) Kasanova oleh Stacy
Setiap kali Stacy hadir dengan lagu baharu, pasti karya nyanyiannya itu berbaur sindiran kepada kaum lelaki. Selepas Aku Stacy, Gagap, Pakai Buang dan Jahat, penyanyi kelahiran Sabah ini menyelar sifat buaya darat yang sukar dikikis daripada kaum lelaki.

Bait lirik paling diingati: “Tapi lama-lama belangnya keluar, rupa-rupanya dia hanya suka-suka. Ku ditawan dengan kasanova. Sumandak di goda kasanova.”

4) Womanizer oleh Britney Spears
Puteri Pop ini jarang mendendangkan lagu-lagu berunsur seksisme. Namun, menerusi single pertama yang dipetik daripada album Circus ini, Britney membuktikan bahawa dia bukan gadis manis yang mampu diperkotak-katikkan.

Bait lirik paling diingati: “You can play brand new to all the other chicks out here but I know what you are, what you are, baby.”

5) Tamparan Wanita oleh Elite
Boleh dikategorikan sebagai lagu paling popular nyanyian kumpulan Elite, mereka mengangkat isu kekasaran terhadap golongan wanita sebagai subjek utama.

Bait lirik paling diingati: “Jangan engkau cabar! Aku bukannya selemah yang kau sangka. Aku tak rela diseksa haaa… Beranikah lagi bersemuka rasakan kuasa, tamparan wanita.”

Comments

comments

Memulakan karier sebagai pembantu editorial untuk sebuah majalah bertemakan perkahwinan sekitar empat tahun yang lalu, langkah jejaka ini dalam bidang penulisan semakin berkembang tatkala idea untuk membina empayar kandungan digital Pepatung tercetus olehnya.

Tinggalkan Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *