Lana Nodin pilih pemain bola tampar AS

0
16

NAMPAKNYA, pelakon Lana Nodin boleh mengukir senyum yang lebar. Aktres yang popular menerusi drama Gol & Gincu The Series itu bakal melangsungkan perkahwinan dengan David McKienzie pada 15 Mei depan.

Menurut Lana atau nama lengkapnya, Mazlina Hasan Nodin, dia mula mengenali jejaka kacukan Ireland-Filipina itu ketika menghadiri sebuah majlis sukan yang diadakan di Singapura pada 27 Oktober tahun lalu.

Selepas berkenalan dan bertukar-tukar nombor telefon, hubungan kami mulai rapat. Walaupun senggang masa perkenalan sangat singkat, tetapi kami serasi bersama.

Justeru, lebih baik majlis pernikahan diadakan secepat mungkin kerana masing-masing sudah serius untuk menuju ke fasa seterusnya,” jelasnya.


Sementara itu, Lana memberitahu, David atau nama Islamnya Mohd Daud McKienzie, 35, telah memeluk agama Islam pada 5 Disember 2014 dengan bantuan rakannya, pelakon Lisdawati.

Tutur Lana, penghijrahan David merupakan hadiah terindah yang pernah dimilikinya.

Dia banyak mendalami agama Islam ketika tinggal di Dubai selama tujuh tahun. Selain itu, dia juga mengerti bahawa dia perlu memeluk agama Islam jika mahu menikahi saya.

Jadi, ini merupakan hadiah yang paling bermakna buat diri saya setakat ini,” ujarnya.

Bercerita lanjut mengenai kisah lamaran David, Lana memberitahu, David mengajaknya untuk berkahwin pada 3 Januari lalu ketika mereka bercuti di New York, Amerika Syarikat selepas selesai menikmati hidangan makan malam.

Saya berasa sungguh teruja apabila dia mengajak saya untuk berkahwin. Seperti dalam cerita hikayat!” tuturnya gembira.

Pernikahan dan perkahwinan pasangan itu bakal berlangsung di Hotel Istana dan akan diuruskan oleh Bill Bora sebagai perancang perkahwinan.

Kredit gambar: Instagram Mstar Online

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini