Lan Pet Pet berangkat ke Mekah bersama isteri, rai ulang tahun perkahwinan di tanah suci

0
566
ASTRO GEMPAK

SELAMAT berangkat diucapkan kepada pelawak terkenal Lan Pet Pet atau nama sebenarnya, Mazlan Ahmad ke tanah suci Mekah bagi mengerjakan ibadat haji tahun ini.

Tambah istimewa, Lan Pet Pet akan menunaikan haji bersama isteri tercinta Ruby Che Wan pada ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-9.

“Alhamdulillah, ini hadiah daripada Allah kerana diizinkan menunaikan haji pada hari ulang tahun perkahwinan kami. Hari ini kami berangkat ke Arab Saudi.

“Di kesempatan ini, saya bersama isteri memohon ampun dan maaf sekiranya ada keterlanjuran dan kekhilafan melalui perbuatan mahupun lisan yang pernah kami lakukan selama anda mengenali kami.

“Mohon doakan kami selamat pergi dan balik, dikurniakan kesihatan yang sempurna dan kekuatan rohani dan jasmani sepanjang menunaikan segala ibadat dan ziarah serta memperoleh haji mabrur serta redha Allah SWT.

“InsyaAllah kami akan doakan kesejahteraan dan kebaikan untuk seluruh umat Islam sedunia. Semoga Allah menjemput anda yang belum menunaikan haji pada tahun akan datang, InsyaAllah,” demikian kenyataan Lan Pet Pet yang dipetik menerusi Astro Gempak.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini