Lagu asal bertukar antara penyanyi popular

1
160

PROSES rakaman album memang merumitkan. Apatah lagi untuk menentukan senarai lagu yang akan dipilih bagi membentuk trek bagi sesebuah album. Sepanjang proses tersebut, akan ada beberapa trek yang tidak bersesuaian akan disingkirkan. Disebabkan itu, banyak lagu-lagu yang telah dirakamkan bertukar tangan ke penyanyi lain. Anda mungkin terkejut apabila mengetahui penyanyi asal yang sepatutnya membawakan lagu-lagu yang disenaraikan Pepatung di bawah:

1) Umbrella, nyanyian Rihanna sepatutnya dinyanyikan oleh Britney Spears untuk album kelimanya, Blackout.

2) We Found Love, juga nyanyian Rihanna sepatutnya dinyanyikan oleh penyanyi dari United Kingdom, Leona Lewis.

3) Di Bawah Pohon Asmara nyanyian Jaclyn Victor sepatutnya dinyanyikan oleh Datuk Siti Nurhaliza untuk album E.M.A.S.

4) Untuk Terakhir Kali nyanyian Marsha juga sepatutnya dimuatkan dalam album E.M.A.S oleh Datuk Siti Nurhaliza.

5) Whiplash nyanyian Selena Gomez sepatutnya dirakamkan oleh Britney Spears untuk album Circus.

6) Bleeding Love nyanyian Leona Lewis sepatutnya dirakamkan oleh Jesse McCartney untuk album Departure.

7) Lagu runut bunyi Pontianak Harum Sundal Malam, Pulangkan nyanyian Misha sepatutnya menampilkan vokal Ezad Exists. Namun, vokal Ezad telah dikeluarkan lalu digantikan dengan suara Izzat Izzuddin.

8) Lagu Cinta Khayalan yang sepatutnya diberikan kepada Stacy sewaktu minggu keempat konsert Akademi Fantasia musim keenam atas kecemerlangannya terlebih dahulu dirakam oleh Bob. Lagu tersebut menggunakan judul Cinta Terhalang.

1 KOMENTAR

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini