Kourtney, Scott bakal timang anak lelaki

0
27

BINTANG realiti yang popular menerusi rancangan Keeping Up With The Kardashian, Kourtney Kardashian akhirnya mengumumkan bakal menimang cahaya mata lelaki bersama kekasihnya, Scott Disick.

Pengumuman tersebut dibuat menerusi rancangan spin-off terbaharunya, Kourtney and Khloé Take the Hamptons baru-baru ini. “Saya bakal melahirkan bayi lelaki,” katanya menerusi rancangan tersebut. “Ianya (bayi tersebut) akan melengkapi keluarga kami,” katanya lagi.

Kourt-Family
Begitupun, anak sulung Kourtney, Mason Dash Disick tidak gembira dengan perkhabaran tersebut. “Saya mahukan adik perempuan,” ujarnya.

Namun, Khloé yang ada ketika itu cuba untuk memujuk Mason: “Adik perempuan tak suka makhluk asing dan patung figura Lego,” katanya kepada Mason, 4 tahun.

“Apabila kamu ada adik lelaki, kamu boleh bermain bersamanya dengan permainan yang kamu ada. Kamu juga boleh mengarahkannya sebab kamu abang yang sulung,” ujar Khloé lagi.

Menerusi hubungan yang terbina sejak tahun 2006, mereka telah dikurniakan seorang anak lelaki, Mason pada tahun 2009 dan Penelope Scotland Disick, 2 tahun, tiga tahun berikutnya.

Tahniah Kourtney dan Scott!

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini