Kim, Kanye Masih Belum Berkahwin

0
30

ADAKAH Kim Kardashian dan tunangnya, Kanye West sudah melangsungkan perkahwinan dalam satu majlis rahsia? Belum lagi.

Walaupun banyak khabar angin mengatakan pasangan dua sejoli itu telah mengikat tali perkahwinan di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS), sumber terdekat dengan keluarga Kim memberitahu, bintang realiti itu masih belum bergelar isteri kepada Kanye.

Sumber itu juga menafikan bahawa mereka telah berkahwin pada Sabtu lalu. Bagaimanapun, sumber tersebut tidak memberikan sebarang komen terhadap khabar angin itu.

Setelah muncul sebagai penghias sampul hadapan majalah fesyen terkemuka, Vogue, Kim dan Kanye terbang ke New York, AS pada Ahad bagi menghadiri majlis gala Met Ball.

Baru pulang daripada Paris, Perancis, ibu kepada North West itu dikatakan telah melawat beberapa butik terkemuka – seperti Balmain dan Lanvin – di sana bagi mendapatkan gaun pengantin yang akan dipakainya kelak.

Ura-ura turut mengatakan pasangan itu bakal menjadikan Istana Versailles di Perancis sebagai lokasi perkahwinan mereka berdua.

Kredit gambar: Marc Piasecki

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini