Kim, Kanye Kini Bergelar Suami Dan Isteri

0
24

WALAUPUN gemuruh menanti kemunculan pengantin perempuan, rapper Kanye West akhirnya tersenyum tatkala bintang realiti Kim Kardashian muncul menerusi lorong menuju ke arahnya sebelum bertukar ikrar.

Mengenakan busana rekaan Givenchy, kedua-dua mereka kelihatan gembira meraikan hari bahagia yang telah lama diimpikan itu.

Menurut Malika Haqq, rakan baik kepada Kim, Kanye tampak bersedia sambil terpancar rasa teruja untuk melewati hari-hari bahagian dengan isterinya.

“Kanye begitu dilamun cinta,” katanya Malika kepada majalah People.

Diserikan dengan bunga-bungaan segar, sambil tetamu dihiburkan oleh penyanyi terkenal Lana Del Rey sewaktu upacara raptai majlis makan malam, perkahwinan yang berlangsung di Istana Versailes, Florence, Italy dan dihadiri oleh 200 tetamu itu dianggarkan bernilai USD120 juta.

“Saya mahukan sebuah keluarha,” tutur Kanye. Hasil perkongsian hidup, Kim dan Kanye dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama North yang kini berusia 11 bulan.

Tambah Kanye: “Tuhan berikan kamu peluang, dan kamu berkorban untuk menjadikan sesuatu yang lebih baik,” katanya awal awal tahun lalu.

Kredit gambar: People, Getty Images

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini