KEBIASAANNYA, bulan puasa menjadi bulan terbaik untuk umat Islam melipat gandakan amalan. Bulan puasa juga selalu dipilih oleh khalayak untuk memperlahankan apa sahaja hal berkaitan dunia dan melebihkan ibadah bagi mendapat ganjaran pahala.

Kita juga dapat melihat kebanyak selebriti mengambil kesempatan untuk berehat sepanjang bulan yang mulia ini. Dalam masa sama, ada juga yang mengambil inisiatif untuk tampil lebih sopan bagi menghormati bulan Ramadan.

Namun, lain pula ceritanya dengan pelakon dan penyanyi Kilafairy. Wanita berbibir mungil itu menerima kecaman yang teruk selepas memuat naik dua keping gambar yang menampakkan bentuk buah dadanya ketika sedang bercuti di Paris, Perancis.

To live is the rarest thing in the world. Most people exist, that is all.

A post shared by Kilafairy (@kilafairyofficial) on

Biarpun teruk dikecam, Kilafairy dengan selamba membalas komen-komen pengikutnya dengan jawapan yang sangat sinis.

Hi Tuhan,” balas Kilafairy apabila ada yang memberi komen tentang tudung dan pahala pada gambar tersebut.

Tanpa menghiraukan pengikutnya yang sakan berperang di laman komen, Kilafairy meneruskan percutiannya di Paris.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini