Kerry Washington Lahirkan Anak Secara Rahsia

0
20

SIAPA sangka, di sebalik gaya lakonannya yang cemerlang menerusi drama bersiri Scandal, Kerry Washington berjaya mengaburi mata banyak pihak apabila dia dilaporkan telah selamat melahirkan bayi perempuan pada 21 April lalu.

Menurut laporan portal hiburan TMZ, Kerry menyambut kelahiran puteri sulungnya, Isabelle Amarachi Asomugha di Pusat Rawatan Cedars-Sinai, Los Angeles, Amerika Syarikat.

Sepanjang tempoh tersebut, tiada sebarang gambar mahupun video Kerry bersama anaknya dapat dirakam oleh pihak media.

Ini bukan kali pertama Kerry menyimpan rahsia besar daripada pengetahuan umum. Pada bulan Jun tahun lalu, perkahwinan Kerry dan cornerback NFL, Nnamdi Asomugha turut dilangsungkan secara rahsia.

Dalam pada itu, sumber memberitahu portal majalah People, Kerry sedang sibuk menjaga anaknya di rumah buat masa ini.

Kredit gambar: Axelle/Bauer-Griffin/FilmMagic

KONGSI
Artikel sebelumnyaLegasi Las Vegas Britney
Artikel seterusnyaKim, Kanye Masih Belum Berkahwin
Memulakan karier sebagai pembantu editorial untuk sebuah majalah bertemakan perkahwinan sekitar empat tahun yang lalu, langkah jejaka ini dalam bidang penulisan semakin berkembang tatkala idea untuk membina empayar kandungan digital Pepatung tercetus olehnya.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini