Kembara sekuel Ke Indonesia Ke Kita

0
32

MENGHIRUP udara segar bertemankan secangkir kopi sambil melayan lagu all time favourite Nidji, merenung jauh samudera pantai Kuta, membeli belah di kota Jakarta dan singgah seketika menjamu sepinggan bakso jauh daripada gangguan hiruk-pikuk kota; itu gambaran sebuah percutian optimum apabila menjejakkan kaki ke Negara Garuda, Indonesia.

Namun, itu bukan percutian yang dirancangkan untuk dua selebriti yang sekali lagi menerajui rancangan sekuel travelog dan permainan realiti Ke Indonesia Ke Kita, Myo OhChentaku dan Wak Doyok.

MOUNT TELETUBBIES, BROMO 1

Jika sebelum ini mereka diterbangkan ke Korea menerusi rancangan musim pertama Ke Korea Ke Kita (KKKK), untuk musim terbaharu, Myo dan Wak Doyok diberikan tugasan untuk berkongsi bersama penonton keunikan jelajah mereka ke Indonesia secara spontan. Cabaran gila-gila, itu janji produksi rancangan tersebut.

Sudah mula bersiaran pada 28 Julai lalu setiap hari Selasa jam 9.00 malam, sekali lagi duo ini dipertemukan di beberapa buah lokasi menarik di Indonesia seperti Lombok, Bali, Yogyakarta, Jakarta, Bandung dan Surabaya.

Ternyata format segar rancangan ini mendapat sambutan hebat kerana keunikan produksi ini yang tidak menggunakan sebarang skrip dan memerlukan aksi spontan Myo dan Wak Doyok memberi pendekatan yang bersahaja dan lebih mudah diterima para penonton.

EKOWISATA MANGROVE WONOREJO

Di Korea, Myo boleh dikatakan serba-serbi mendahului Wak Doyok dalam cabaran yang diberikan namun, mampukah Myo mengekalkan prestasi kerana Wak kini bagaikan sirih yang pulang ke gagang. Berketurunan Jawa, Wak Doyok pasti memiliki lebih kelebihan berbanding Myo di Indonesia.

Istimewa kali ini, rancangan terbitan TV9, Ke Indonesia Ke Kita? (KIKK?) telah bekerjasama dengan Airbnb sebuah syarikat pasaran komuniti yang dipercayai untuk orang ramai menyenaraikan, mencari, dan menempah penginapan yang unik di seluruh dunia dalam Peraduan Jom Bali yang membolehkan dua peserta terpilih menyertai pasukan Myo atau Wak Doyok ke Indonesia dalam episod akhir mereka di lokasi terakhir produksi itu di Bali.

Peraduan itu memerlukan peserta  memilih pasukan pilihan anda sama ada Myo atau Wak Doyok dan mendaftarkan diri mereka dengan pautan yang tertera di profil instagram @myo_ (www.airbnb.com.my/teammyo) atau @wakdoyok (www.airbnb.com.my/TeamWak) danpost-kan gambar anda di instagram anda dengan meniru gaya Myo atau Wak Doyo serta menyatakan mengapa anda layak menjadi rakan sebilik mereka selain perlu menggunakan hashtag:

  • #KeIndonesiaKeKita
  • #airbnb
  • #teammyo atau #teamwak

Kini dua pemenang itu telah pun dikenal pasti. Mereka adalah Zahir Ariffin yang akan bersama ‘Team Wak’ dan Hanif Naziri untuk ‘Team Myo’

Saksikan rancangan perjalanan Myo dan Wak Doyok yang memiliki dua personaliti berbeza. Ibarat langit dan bumi si sempoi Myo dan si stailo Wak Doyok terpaksa meneruskan percutian mereka bersama dan seberat mana agaknya bagasi Wak kali ini?

KIKK? merupakan produksi Primeworks Studios diterajui penerbit Khairul Adzweri Rosle yang tutut bertindak selaku pengarah rancangan ini.MOUNT BROMO

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini