Kajol datang Malaysia, kongsi foto bersama Rosmah Mansor

0
21

BINTANG Bollywood, Kajol Devgan dikerumuni peminat pada sesi promosi filem Velaiilla Pattadhari (VIP 2) di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur sebentar tadi.

Difahamkan, para peminat mula berkumpul di Jalan Masjid India sejak pukul 2 petang. Bagaimanapun, Kajol hanya muncul sekitar pukul 8.30 malam.

Mengenakan lenga berona biru gelap, Kajol, 43, meluahkan rasa terharunya atas sambutan hebat yang ditunjukkan orang ramai.

Pelakon filem Dilwale itu pernah datang ke Malaysia pada 2014.

VIP2 merupakan filem berbahasa Tamil kedua Kajol selepas Minsara Kanavu pada 1997. Ia bakal ditayangkan pada Ogos 2017.

Kajol menerusi instagram rasminya turut berkongsi gambar bersama isteri Perdana Menteri, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor.

 

Sumber: Astro Gempak

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini