Justin Bieber Menderma Untuk Majlis Amal

0
20

PENYANYI pop sensasi, Justin Bieber menderma sebanyak USD$ 545,000 sewaktu menghadiri majlis amal kemanusiaan di Cannes, Perancis baru-baru ini.

Pelantun lagu As Long As You Love Me itu menghadiri  majlis malam gala amfAR bagi mengutip dana membantu penyelidikan penyakit AIDS.

Pada malam itu, Justin yang mengenakan busana formal serba hitam menutup ikrar dana yang dicadangkan dengan jumlah paling tinggi.

Dikhabarkan, tetamu yang hadir – antaranya ialah selebriti terkemuka, Leonardo DiCaprio, Heidi Klum, John Travolta dan Sharon Stone – tergamam dengan tindakan Justin mengeluarkan wang sebanyak itu.

Tidak melakukannya semata-mata kerana, nama, menurut anak jati kelahiran London, Kanada ini, dia berbuat demikian kerana berasa terinspirasi untuk melakukan sesuatu perkara yang baik.

Kredit gambar: Getty Images

KONGSI
Artikel sebelumnyaNasha Penyelamat DBLK
Artikel seterusnyaSelamat Bergraduasi Emma!
Memulakan karier sebagai pembantu editorial untuk sebuah majalah bertemakan perkahwinan sekitar empat tahun yang lalu, langkah jejaka ini dalam bidang penulisan semakin berkembang tatkala idea untuk membina empayar kandungan digital Pepatung tercetus olehnya.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini