Joseph Gordon-Levitt kini bergelar suami

0
25

PELAKON filem (500) Days of Summer, Joseph Gordon-Levitt telah menamatkan zaman bujang bersama kekasihnya, Tasha McCauley pada 20 Disember lalu. Pegawai seantara pelakon berusia 34 tahun itu, Erica Gray mengesahkan berita tersebut kepada USA Today.

josephgordon-levitt-435

Menerusi laporan yang dikeluarkan oleh majalah People, pasangan tersebut berkahwin secara tertutup di rumah mereka.

Saya mempunyai teman wanita tetapi saya tidak gemar bercakap mengenainya di depan khalayak. Dia juga enggan dikenali,” ujarnya kepada majalah tersebut sekitar dua tahun lalu.

Tasha merupakan pengasas bersama dan CEO Fellow Robots, sebuah company pembuatan robot di NASA Research Park di Silicon Valley, California.

Kredit gambar: People

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini