Jennifer Lawrence tinggalkan francais X-Men

0
12

BERITA sedih bagi mereka yang gemar melihat aksi pelakon Jennifer Lawrence beraksi menggunakan sut biru melekap. Pelakon berambut perang muda itu memberitahu, filem X-Men: Apocalypese merupakan filem terakhirnya dalam siri filem keluaran Marvel tersebut.

mistiq

Ia merupakan filem X-Men terakhir saya,” katanya kepada MTV sewaktu tayangan perdana filem terbaharunya, Serena baru-baru ini.

Jennifer menggalas watak Raven/Mystique menerusi X-Men: First Class pada tahun 2011 dan seterusnya X-Men: Days of Future Past (2014). Dia akan mengulangi watak tersebut menerusi X-Men: Apocalypse.

Filem yang dijangka ditayangkan pada 27 May 2016 itu menampilkan watak-watak muda ahli X-Men. Antaranya adalah Cyclops, Jean Grey dan Storm. Pelakon James McAvoy, Michael Fassbender dan Nicholas Hould bakal kembali masing-masing menerusi watak Xavier, Magneto dan Beast.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini