Jason Statham hampir berbogel dalam muzik video

0
7

KITA sering melihat aksi serius Jason Statham dalam majoriti filem lakonannya. Menerusi Fast & Furious 7 (Furious 7) juga Statham muncul menggalas karakter serius.

Bagaimanapun sebelum namanya besar dalam industri perfileman Hollywood, Statham pernah muncul dalam beberapa muzik video. Paling melucukan adalah aksinya dalam muzik video lagu Comin’ On dendangan band dari Britain, The Shamen.

pYNO0Zf

Dalam muzik video yang dihasilkan sekitar 1990-an itu, Statham hanya mengenakan seluar dalam bercorak kulit harimau bintang dengan seluruh badannya berlumur minyak. Peranannya sebagai penari latar dalam klip klasik itu juga menyaksikan Statham menari dengan gerakan lucu berlatarbelakangkan imej psikedelik.

Karier Stathtam sebagai ‘penari latar’ juga dapat dilihat menerusi muzik video Run To The Sun (Erasure). Ia mungkin pendedahan agak memalukan tetapi sekurang-kurangnya ia membuktikan betapa ketegapan tubuh aktor berusia 47 tahun itu masih dijaga rapi sehingga kini.

Jangan risau abang Statham, anda tetap macho di mata para peminat!

Sumber: eonline
Kredit foto: Sobadsogood

KONGSI
Artikel sebelumnyaJelmaan dewi musim bunga/panas Afiq M
Artikel seterusnyaKerja tangan duo ‘tukang kayu’ muda

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan dan berkhidmat selama empat tahun sebelum menyertai Pepatung sepenuh masa. Berpengalaman dalam penulisan rencana terutama berkenaan gaya hidup, profil, minat ramai, isu semasa, fesyen dan hiburan.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini