Janji Datuk Seri Vida kepada Siti Nordiana

0
51

KELETAH pengasas produk kecantikan Qu Puteh, Datuk Seri Vida sepanjang sembilan minggu Konsert Gegar Vaganza 2 seringkali mencuit hati dan meninggalkan momen tersendiri. Bersama tanda dagang terbaharu dalam mempromosikan produk miliknya, Datuk Seri Vida sebenarnya berjaya mencuri perhatian rakyat Malaysia dengan caranya yang mungkin kelihatan sedikit canggung bagi kebanyakan orang.

gemfive-e1430887428251-700x420
Datuk Seri Vida pada majlis sidang akhbar Gegar Vaganza 2. Foto: instagram @datoserivida

Tanpa mempedulikan kritikan dan tohmahan sekeliling, Datuk Seri Vida sekali lagi mencuri perhatian pada pentas konsert akhir Gegar Vaganza 2 yang berlangsung di Auditorium MBSA Shah Alam baru-baru ini.

Selain menempelak pihak Astro yang tidak memberikan dia mikrofon daripada mula acara hingga hampir tiba di penghujung, beliau juga tanpa segan silu mempromosikan produknya menggunakan dialek Kelantan yang ternyata menggamatkan lagi suasana pada malam itu.

Usai acara, Datuk Seri Vida sempat merakamkan ucapan tahniah kepada juara rancangan realiti nyanyian itu, Siti Nordiana dan mendedahkan kontraknya bersama rancangan Gegar Vaganza sudah diikat selama tiga tahun.

“Pada mulanya saya memang meragui akan kehebatan rancangan ini apabila menonton konsert mingguan Gegar Vaganza musim pertama namun apabila konsert akhir Gegar Vaganza lalu mendapat maklum balas yang sangat luar biasa hebatnya, saya rasa tidak salah untuk meneruskan kontrak bersama rancangan ini pada musim-musim seterusnya.

“Insya-Allah akan ada pelbagai perancangan yang sudah diaturkan untuk Gegar Vaganza musim ketiga pada tahun hadapan,” jelasnya.

Dalam kesempatan yang sama, Datuk Seri Vida juga menawarkan ketiga-tiga finalis wanita Gegar Vaganza 2 untuk terbabit dalam produk kecantikan miliknya.

“Saya ada lebih 100 produk yang masih belum mempunyai duta dan jika Siti Nordiana, Farah Dhiya dan Haiza berminat untuk menjadi sebahagian daripada pasukan saya, kita boleh bincangkan dengan lebih lanjut,” ujarnya dalam berseloroh.

 

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini