Ibu Tumpang Giuliana, Bill Keguguran

0
29

USAHA pasangan Giuliana dan Bill Rancic untuk menimang cahaya mata kedua menerusi persenyawaan menggunakan ibu tumpang menemui kegagalan apabila Delphine, ibu tumpang yang turut menghamilkan anak pertama mereka Duke mengalami keguguran.

Bill dalam satu kenyataan kepada majalah People memberitahu, mereka kini sedang berusaha untuk mendapatkan cahaya mata kedua dengan bantuan ibu tumpang yang sama. Namun, setelah mendapat berita tentang keguguran tersebut, pasangan yang telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2007 itu berasa sungguh kecewa.

“Dalam musim terbaharu Giuliana and Bill, kami sedang berusaha untuk mendapatkan seorang lagi cahaya mata.

“Malangnya, ibu tumpang kami telah mengalami keguguran. Ia merupakan satu perkara yang tidak dijangka akan berlaku. Kami berasa sungguh kecewa,” kata Bill.

Tambah figura yang pernah menyertai rancangan The Apprentice itu, walaupun mereka bersifat optimistik mengenai kehamilan kedua ini, namun, mereka tetap mengambil langkah berjaga-jaga.

“Dia (Delphine) sedang menjangkau ke usia sembilan minggu kehamilan. Sikit lagi untuk mencapai peringkat selamat,” ujar Bill. “Kami pernah mengalami keguguran ketika Giuliana cuba untuk hamil, disebabkan itu, berita tentang kehamilan anak kedua tidak kami hebahkan,” ujarnya lagi.

Anak pertama mereka, Duke, dilahirkan secara tumpangan pada bulan Ogos 2012.
Selama beberapa tahun, pasangan tersebut mencuba untuk mendapatkan anak secara normal. Gagal berbuat demikian, Guiliana yang pernah menjalani pelbagai rawatan in-vitro dan dikesan menghidap kanser payudara terpaksa mencuba alternatif lain bagi mendapatkan cahaya mata pertama.

Justeru, mereka memilih Delphine sebagai ibu tumpang yang melahirkan Duke.

“Delphine merupakan individu yang sangat baik. Kami berasa bertuah ketika bertemu dengannya dulu. Kami faham ini bukan salahnya,” luah Bill.

Kredit gambar: Getty Images, akaun Twitter Bill Rancic

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini