Hilary Duff Rakam Lagu Tulisan Ed Sheeran

0
17

PENYANYI kelahiran Disney, Hilary Duff mendedahkan, dia akan merakamkan lagu yang ditulis oleh penyanyi dan penulis lagu terkenal daripada Britain, Ed Sheeran tidak lama lagi. Penyanyi yang terlebih dahulu dikenali sebagai pelakon itu kini sedang dalam proses merakamkan album studio keempatnya.

Ketika ditemu bual oleh MTV NEWS pada iHeartRadio Music Awards di Los Angeles, Amerika Syarkat baru-baru ini, ibu kepada Luca Cruz itu memberitahu: “Saya sedang berkerjasama dengan ramai orang. Saya masih menulis dan proses ini masih lagi berjalan. Saya akan merakamkan lagu Ed Sheeran minggu hadapan dan saya berasa sungguh teruja” ujarnya.

Bagaimanapun, pelantun lagu So Yesterday itu tidak menyatakan samada dia akan merakamkan lagu saduran Ed ataupun lagu baharu yang ditulis sendiri oleh penyanyi yang berasal dari Suffolk, United Kingdom itu.

Sebelum ini, Ed pernah menulis beberapa buah lagu untuk band remaja terkemuka, One Direction. Antara lagu yang ditulis olehnya dan mendapat perhatian ramai ialah Littlest Things.

Dalam sesi temu bual itu juga, Hilary turut memberitahu bahawa lagu baharunya bakal menemui peminat tidak lama lagi.

“Single pertama saya akan diriliskan tidak lama lagi dan album penuh pula bakal menyusul menemui peminat pada musim luruh yang akan datang,” ujarnya.

Selepas menamatkan kontraknya bersama Disney, Hilary yang popular dengan sitkom Lizzie McGuire itu telah meriliskan tiga buah studio album iaitu Metamorphosis, Hilary Duff dan Dignity.

KONGSI
Artikel seterusnyaChris Pine Wajah Baharu Armani Code
Memulakan karier sebagai pembantu editorial untuk sebuah majalah bertemakan perkahwinan sekitar empat tahun yang lalu, langkah jejaka ini dalam bidang penulisan semakin berkembang tatkala idea untuk membina empayar kandungan digital Pepatung tercetus olehnya.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini