Hadiah Hari Natal J.K Rowling

0
20

PEMINAT novel bersiri Harry Potter pasti tersenyum simpul saat mendengar perkhabaran ini. Pada 12 hingga 23 Disember depan, penulis yang menempa nama menerusi novel bersiri berkenaan, J.K Rowling bakal mengejutkan para pembaca menerusi laman web Pottermore.com. Siri baharu yang antaranya turut ditulis oleh Rowling bakal menemui peminat setiap hari pada pukul 8 pagi (waktu tempatan).

Menerusi kiriman e-mel yang dihantar kepada pembaca laman web berkenaan, para peminat akan menikmati cerita baharu yang ditulis berdasarkan beberapa momen penting siri novel tersebut. Salah sebuah cerita yang ditulis turut menampilkan Draco Malfoy.

Ini bukan kali pertama Rowling menerbitkan cerita-cerita baharu buat peminat Harry Potter. Oktober lalu, beliau menerbitkan sebuah novella yang mengandungi 1,700 patah perkataan yang berkisar tentang profesor Dolores Umbridge.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini