SELEPAS mempertaruhkan dua buah lagu balada sebelum ini, iaitu Pinjamkan Hatiku dan Bagai Pelangi, pelakon dan penyanyi Ayda Jebat bakal tampil dengan single rancak berjudul Temberang.

Menariknya, single tersebut dicipta oleh komposer dan penyanyi popular, Hael Husaini bersama Ezra Kong.

FOTO/@HAELHUSAINI

Saya akan tampil dengan single baru hasil kerjasama dengan Hael Husaini dan Ezra Kong selepas Aidilfitri.

Saya masih mengekalkan konsep lagu rancak malah sebenarnya tak sabar hendak lancarkan lagu ini supaya dapat ditujukan kepada kaki ‘temberang’,” katanya.

Dalam pada itu, Ayda berkata, dia akan berehat daripada dunia lakonan selama tiga bulan selepas sambutan hari raya bagi membolehkan dia memfokuskan kepada pelancaran Temberang.

Kalau boleh nak lancarkan lagu itu sekarang tetapi sejak bulan Ramadan dan Syawal akan lebih banyak lagu raya diputarkan jadi kami tangguh dahulu.

Insya-Allah selepas raya lagu ini akan dilancarkan dan saya akan berehat sekejap dari lakonan untuk pelancaran dan promosi lagu ini,” ujarnya.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini