Georgetown Festival 2015 undang penghibur antarabangsa

0
14

GEORGETOWN, Pulau Pinang, salah sebuah tapak warisan dunia yang diwartakan oleh UNESCO sejak 2010 yang semakin pesat berkembang sebagai hab utama seni dan budaya di rantau Asean.

Meneruskan kesinambungan Georgetown Festival untuk edisi keenam tahun ini, produksi yang diterajui oleh pengarah artistik serba boleh Joe Sidek akan menampilkan rangkaian persembahan dari luar negara rantau Asean seperti Sepanyol dan Australia.

“Kami teruja untuk membawa masuk beberapa persembahan tempatan dan penghibur terkenal peringkat antarabangsa antaranya Titanium dari Sepanyol dan Am I dari Australia.

“Ini adalah satu peluang untuk kedua-dua peminat tempatan dan antarabangsa untuk menyaksikan persembahan teater dan tarian bertaraf dunia berlatarbelakangkan bandar Georgetown yang unik,” ujar Joe Sidek.

Sambutan Georgetown Festival tahun ini di Pulau Pinang akan diadakan bermula 1 hingga 31 Ogos 2015 yang akan memberikan penekanan global di samping meraikan masyarakat setempat.

Titanium
Foto/ www.georgetownfestival.com

“Persembahan 100% Penang merupakan salah satu persembahan yang dinanti-nantikan pada tahun ini, ia akan menampilkan 100 orang penduduk tempatan yang mana setiap seorangnya akan mewakili 1% daripada penduduk Pulau Pinang untuk membentuk satu carta pai manusia di Pulau Pinang.

“Mereka akan berkongsi dengan penonton cerita, pendapat dan personaliti mereka serta memberikan gambaran terhadap perkara-perkara yang menjadikan Pulau Pinang bandaraya yang istimewa,” tambahnya.

Sementara itu, antara persembahan menarik yang akan disajikan kepada pengunjung pada tahun ini adalah:

1) Titanium (Sepanyol)

Pementasan yang menggabungkan bintang berbakat besar dari tarian flamenco, hip hop dan b-boy, karya koreografer Rojas dan Rodriguez itu akan diiringi live band dari Sepanyol. (Dewan Sri Pinang 7 & 8 Ogos)

2) Broken Nails (Poland)

Pernahkah anda menyaksikan persembahan ventrilokis? Mahadi dan Jalut mungkin sinonim bagi rakyat Malaysia. Namun kali ini Georgetown Festival menampilkan Marlene Dietrich dari Poland bersama patung unik bersaiz manusia dalam pementasan Broken Nail. (Town Hall, 8 & 9 Ogos)

9CdzyYyoZMY_tdnlUn0_SDe2pjGF33JJQIUR5ADZu8c
Foto/ www.georgetownfestival.com

3) Slow Sound of Snow (Iran)

Terkenal dengan pelbagai pementasan teater bertaraf dunia, Wall Theatre Group yang mula bergerak sejak tahun 2008 bakal muncul buat pertama kalinya di pentas Asia Tenggara menerusi pementasan teater Slow Sound Of Snow. (Town Hall, 21 & 22 Ogos)

4) Metamorphosis (Jepun)

Biasanya kita akan melihat kitaran hidup seekor ulat beluncas menjadi rama-rama namun kali ini menerusi karya hebat Franz Kafka, subjek utamanya mengangkat kitar hayat sebuah robot android. (Dewan Sri Pinang, 13 & 14 Ogos)

Robot Theatre
Foto/ www.georgetownfestival.com

Bermula dari 18 Mei, selama satu bulan sahaja, Georgetown Festival akan menawarkan promosi tempahan awal dengan potongan sebanyak 20% daripada semua harga tiket biasa. Untuk maklumat lanjut mengenai tiket, penajaan atau peluang perkongsian serta pertunjukan yang akan datang di Georgetown Festival tahun ini, sila layari georgetownfestival.com.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini