Format baharu Mentor Milenia

0
30

 

SELEPAS tujuh musim, Mentor kembali dengan konsep dan format baharu iaitu Mentor Milenia yang membariskan Akim, Azlan, Black dan Hazama sebagai barisan mentor.

Fokus kepada golongan muda dalam lingkungan umur dari 17 hingga 21 tahun, Mentor Milenia bertujuan mengasah bakat-bakat baharu untuk menjadi penghibur yang berjaya.

Berlainan dengan musim-musim sebelum ini, Mentor Milenia menampilkan empat artis popular yang merupakan idola golongan muda untuk memberikan tunjuk ajar berkaitan bidang nyanyian, seni persembahan dan memperlengkapkan diri sebagai penghibur.

Terkenal dengan kekuatan vokal dan sentiasa memukau penonton ketika beraksi di pentas, mereka jelas mempunyai kualiti untuk menyandang tanggungjawab sebagai mentor.

Malahan, mereka juga bukanlah nama asing yang bertanding di anugerah berprestij seperti Anugerah Juara Lagu (AJL).

Pengalaman mereka dalam mengharungi pelbagai rintangan dan cabaran dalam industri hiburan sehingga berjaya dalam usia muda boleh dijadikan sumber inspirasi kepada anak muda yang berazam untuk berjaya seperti mereka.

Mentor Milenia bakal disiarkan pada 3 Januari 2016, setiap hari Ahad pukul 9.00 malam sebanyak sembilan episod dan dikendalikan oleh Issey Fazlisham dari kumpulan Titan dan Marsha Milan Londoh sebagai pengacara.

Episod pertama Mentor Milenia memaparkan pelbagai karenah, ragam dan aksi peserta yang mahu bergelar protege di empat sesi uji bakat yang telah berlangsung di Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral.

Lebih daripada seribu peserta telah hadir ketika berlangsungnya sesi uji bakat pada 13 Disember (Hazama), 19 Disember (Azlan), 20 Disember (Akim) dan 26 Disember (Black).

image006

Sebelum memasuki gelanggang Mentor Milenia, Akim, Azlan, Black dan Hazama perlu memilih tiga peserta daripada sesi uji bakat yang telah berlangsung.

Tiga bakal protégé ini akan membuat persembahan solo mereka di dua episod konsert pengenalan pada 10 Januari (Black & Azlan) dan 17 Januari (Akim & Hazama). Hanya dua protege akan dipilih oleh mentor masing-masing.

Selepas itu, lapan protege tersebut akan bertanding dalam lima konsert mingguan bermula 31 Januari 2016 yang bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral untuk melayakkan diri ke peringkat akhir.

Mentor Milenia memaparkan kelainan daripada musim-musim sebelumnya apabila keempat-empat mentor ini menjadi pengkritik tetap di setiap konsert mingguan.

Program ini tidak akan mempunyai panel juri profesional kerana keputusan persembahan para protege terletak kepada jumlah undian daripada juri awam di studio iaitu sebanyak 30% dan 70% menerusi laman web rasmi Mentor Milenia.

Protege yang gagal meraih jumlah undian tinggi akan disingkirkan. Di peringkat akhir nanti, Juara Mentor Milenia bakal membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM 100,000.

Berikut ialah senarai mentor dan para bakal protege:

Mentor Kriteria Protege Nama Bakal Protege
Hazama Boleh menyanyi dalam pelbagai genre dan versatil Muhammad Fareez Hazwan (FAREEZ)

18 tahun, Selangor

Nurul Amira Bt Mat Nasir (MYA)

20 Tahun, Pahang

Iqbal Bin Jaafar (EBAL)

20 tahun, Negeri Sembilan

Hazama dan bakal protege Fareez, Mya dan Ebal

Azlan Vokal yang mantap

Kesungguhan yang  tinggi

Mental dan fizikal yang kuat

Sharifah Nurilmuhayati Binti Syed Hussain (NURI)

17 tahun, Kuala Lumpur

Nur Izzati Binti Mohd Rashid (ZETTY)

21 tahun, Pahang

Siti Wan Ainnur Binti Mohd Redzuan (AIN)

17 tahun, Kuala Lumpur

Azlan dan bakal protege, Nuri, Ain & Zetty

Akim Mempunyai karektor suara tersendiri

Penampilan yang baik

Muhammad Afeeq Farhan bin Zulkifli (HAN),

20 tahun, Kedah

Nur Saheeba binti Raja Iftikhar Ahmed Khan (EBBA), 20 tahun, Kuala Lumpur
Yusmeerunafishah binti Yusoff (MEEN),

20 tahun, Johor

Akim dan bakal protege Meen, Ebba dan Han

Black Tak kacak asal bergaya

Suara pertama, muka nombor dua

Sentiasa bersedia dalam semua segi terutama lagu

Nurul Syazwanie Binti Mohd Basri (WANIE)

21 tahun, Selangor

Rossaidi Bin Abdul Rani (QODY)

21 tahun, Kedah

Ridzuan Haqiem Bin Rusli (HAQ)

17 tahun, Selangor

Black dan bakal protege, Wanie, Haq dan Qody

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini