4 penguin nakal jadi hero ‘badut salji’

0
108

KELIBAT empat penguin nakal, Skipper, Kowalski, Rico dan Private dalam trio filem animasi, Madagascar meninggalkan impak besar kepada penonton. Dalam kesemua filem Madagascar, mereka diimejkan sebagai empat penguin ‘jahat’ yang seringkali mencetuskan tragedi, namun tetap menonjol kerana ciri kepimpinan dan kebijaksanaan yang dipaparkan keempat-empatnya.

Kini, riwayat hidup mereka dikeluarkan daripada francais Madagascar. Menerusi Penguins of Madagascar, Skipper, Kowalski, Rico dan Private dilayarkan dalam konteks lebih terperinci. Mungkin sebelum ini ramai tidak dapat membezakan setiap daripada mereka, tetapi selepas menonton filem ini, anda pasti mudah mengenal mereka dengan hanya melihat wajahnya.

Kenapa filem ini wajib anda tonton? Pepatung ada huraiannya.

1)Private dilahirkan. Sebelum berempat, pasukan elit penguin ini hanya dianggotai Skipper, Kowalski dan Rico. Di awal cerita, tiga watak ini yang masih kecil telah menyelamatkan sebiji telur. Apabila ia menetas, terlahirlah Private yang menjadi anggota keempat pasukan tersebut.

tumblr_n9y76cICR11qcjzvuo3_500

2) Keropok Cheezy dibbles. Keropok keju yang menjadi kegilaan empat penguin ini. Fungsi keropok ini sangat besar dalam beberapa babak penting. Babak Skipper mengunyah satu persatu keropok ini di dalam pesawat milik The North Wind ketika Classified cuba memperkenalkan fungsi organisasinya antara momen yang menggelikan hati. Keropok ini juga muncul pada klimaks filem ini dan percayalah, ia adalah hero tidak bernyawa naskhah ini.

tumblr_nevsx6o35d1sfsyp8o3_400

 

3) Cengkerik. Krik, krik, krik…… momen singkat yang diselitkan secara bersahaja. Anda pasti ketawa besar!

4) Dendam si sotong kurita. Dave, antagonis dalam karya ini merupakan seekor sotong kurita yang menyamar sebagai seorang doktor (manusia) bernama Dr. Ocatavius Brine. Didorong iri hati terhadap perhatian yang diberikan manusia terhadap penguin, Dave merangka strategi jahat dengan mencipta sejenis formula iaitu Serum Medusa untuk dikenakan ke atas penguin di seluruh dunia. Tetapi bagaimana seekor sotong kurita boleh berbahasa manusia (kerana semua karakter di dalam animasi Madagascar tidak boleh berbahasa manusia) lantas mencipta peralatan canggih, keluar surat khabar dan membina makmal berteknologi tinggi? Apapun, namanya pun kartun, tentulah tidak logik.

brine_gallery_01_v2

5) Penguin dan burung hantu boleh bercinta. Sepertimana tingginya kasih Melman (zirafah) terhadap Gloria (badak air) dalam Madagascar, begitu juga perasaan Kowalski kepada Eva. Kowalski jatuh hati kepada Eva (seekor burung hantu) yang merupakan anggota bagi pasukan The North Wind. Sebagai penguin paling cerdik dalam kumpulannya, keberadaan Eva disisinya selalu menjadikan Kowalski tidak keruan dan mengeluarkan ayat-ayat tidak bijak. Hanya satu diimpikan Kowalski, ciuman daripada Eva! Adakah hasratnya tercapai?

the-penguins-of-madagascar-official-trailer-3

6) Skipper berhati tisu. Posisinya sebagai ketua pasukan penguin memerlukan Skipper tampil tegas dan berkarisma. Barangkali selama ini penonton menilai Skipper sebagai ‘penjahat’ paling licik dalam kesemua filem Madagascar. Namun dalam filem berdurasi 92 minit ini, sisi penyayang Skipper dikupas dengan begitu bernas. Prihatinnya Skipper kepada Private sangat ketara sepanjang filem ini dimainkan. Cara Skipper memberi perhatian dan arahan kepada Private juga sangat berbeza dengan intonasinya kepada Kowalski dan Rico. Skipper bukan sekadar ketua, dia juga abang yang sangat menyayangi Private yang telah dianggap seperti adik sendiri.

penguins-2

7) Pengorbanan Private. Tumpuan filem ini sebenarnya adalah Private. Usahanya untuk menyumbangkan sesuatu yang hebat kepada pasukannya menjadi tunjang kepada karya ini. Jemu memainkan peranan sebagai maskot comel pasukan, Private cuba membuktikan kepada ahli pasukannya terutama Skipper bahawa dia juga mempunyai kemampuan setanding Kowalski dan Rico. Private ialah penguin paling disayangi rakan-rakannya. Justeru, kehilangannya selepas diculik Dave telah merobohkan ‘kejantanan’ Skipper, Kowalski dan Rico. Beberapa babak di antara Private dan tiga ahli pasukannya amat menyentuh perasaan. Buat mereka yang mudah tersentuh, mohon sediakan tisu.

8) ‘Cameo’ bintang Hollywood. Mungkin ada dalam kalangan anda akan perasan tetapi majoriti pasti tidak menyedari ‘kehadiran’ beberapa bintang Hollywood dalam filem ini. Bagi mereka yang belum menonton, pasang telinga dengan teliti. Anda pasti akan ‘menemui’ Nicolas Cage, Halle Berry, Hugh Jackman, Drew Barrymore, Parker Posey dan Elijah Wood. Anda yang berjaya mengesan mereka, tahniah diucapkan!

Bintang Pepatung: 3.5/5

Foto kredit: Tumblr

KONGSI
Artikel sebelumnyaLady Gaga akui pernah diperkosa
Artikel seterusnya8 cara menonton siri TV secara maraton
Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan dan berkhidmat selama empat tahun sebelum menyertai Pepatung sepenuh masa. Berpengalaman dalam penulisan rencana terutama berkenaan gaya hidup, profil, minat ramai, isu semasa, fesyen dan hiburan.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini