Filem pendek Power Rangers papar aksi ganas melampau

0
12

MASIHKAH anda ingat pada kisah enam sekawan yang menggelarkan diri mereka sebagai Power Rangers? Pasti aksi Jason, Zach, Billy, Trini, Kimberly dan Tommy masih segar bermain di minda penonton yang mengikuti rancangan tersebut sejak ia disiarkan sekitar 20 tahun yang lalu.

Penerbit rancangan tersebut, Saban Brand telah pun mengadakan kerjasama dengan Lionsgate bagi menghasilkan sebuah filem reboot dan dijangkakan bakal menemui penonton pada tahun 2016.

Begitupun, baru-baru ini, pengarah yang terkenal dengan klip-klip video unik, Joseph Kahn hadir dengan buah tangan terbaharu berjudul Power/Rangers. Bersifat ganas dan gelap, filem pendek berdurasi lebih-kurang 15 minit itu menampilkan watak-watak asal Power Rangers beraksi menggunakan senjata api moden.

Jika ini merupakan cara garapan bagi filem sebenar Power Rangers, mungkin ia bakal menjadi sebuah karya yang akan disebut-sebut kelak!

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini