Fathia, Shukri mudah cipta keserasian

0
27

TIGA tunjang utama yang pernah menaungi ledakan popular drama rantaian TV3, Nur Fathia Abdul Latiff, Shukri Yahaya dan Elizad Sharifuddin disatukan dalam naskhah terbaharu Dia… Isteri Luar Biasa (DILB).

Ketiga-tiga mereka sebelum ini pernah melakar populariti menerusi drama bersiri Ariana Rose, Teman Lelaki Upahan dan Asam Pedas Untuk Dia, tidak mustahil naskhah yang diadaptasi daripada novel terlaris itu bakal menjadi fenomena sekali lagi.

Paling mencuri perhatian adalah kemesraan yang ditonjolkan oleh dua pendukung utama dalam drama tersebut iaitu Shukri dan Fathia yang masing-masing memegang peranan sebagai Dewi Yusra dan Raden Amzar.

“Sebagai pelakon mestilah saya mahukan gandingan yang serasi untuk beraksi di hadapan kamera dan saya ada berbincang dengan Kak Ziela (Ziela Jalil, Penerbit DILB) mengenai pemilihan hero yang sesuai dengan karakter Raden Amzar dan tiba-tiba keluar nama Shukri Yahaya daripada senarai beberapa cadangan nama lain.

2-DILB

“Keintiman┬ákami berdua itu hanyalah permainan karakter semata-mata untuk menghidupkan watak dan tidak lebih daripada itu. Jujur saya katakan hubungan serasi antara saya dan Shukri berlaku secara semula jadi dan itu memudahkan tugas kami sebagai pelakon utama yang perlu berkomunikasi dan memberikan kualiti sehabis baik.

“Bagi membintangi drama adaptasi novel bukan senang kerana kami sebagai pelakon perlu sangat teliti, bukan sahaja pemilihan pakaian dan solekan malah juga cara bercakap, berjalan dan intonasi suara. Apapun, saya cuba memberikan yang terbaik!” katanya kepada Pepatung ketika majlis tayangan sulung DILB di Asmara Penchala, Selangor baru-baru ini.

3-DILB

DILB mengisahkan kehidupan Dewi Yusra (Fathia) yang mencari suami sementara hanya bertujuan untuk mendapatkan anak. Dewi tidak percaya terhadap lelaki, kebenciannya terhadap lelaki terjadi akibat peristiwa silam yang masih menghantui dirinya apabila ibunya menjadi mangsa kekejaman bapanya sendiri.

Kerana tidak mahu berkahwin, Dewi cuba untuk mendapatkan perkhidmatan kaedah Persenyawaan In Vitro (IVF) dan GTF dari klinik pakar perbidanan namun ditolak kerana menyalahi undang-undang dan juga agama.

Tanpa diduga, kehadiran Dr. Raden Amzar mengikat Dewi untuk menjadikan jejaka itu sebagai suaminya. Akhirnya Dewi dan Raden ditangkap berkhalwat dan pernikahan mereka berlangsung di Lombok, Indonesia demi menjaga nama baik keluarga mereka.

Drama 28 episod terbitan Pena Creative Pictures Sdn. Bhd. itu mula ditayang pada 18 Mei lalu di slot Akasia TV3 setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 6.55 petang.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini