Enam artis yang pernah mengalami masalah obesiti, Mariah Carey tidak keseorangan

0
43
{"total_effects_actions":0,"total_draw_time":0,"layers_used":0,"effects_tried":0,"total_draw_actions":0,"total_editor_actions":{"border":0,"frame":0,"mask":0,"lensflare":0,"clipart":0,"text":0,"square_fit":0,"shape_mask":0,"callout":0},"effects_applied":0,"uid":"B5089273-38E6-48E0-AAA6-BA768BBB43DD_1501462374337","sources":[],"photos_added":0,"total_effects_time":0,"tools_used":{"tilt_shift":0,"resize":0,"adjust":0,"curves":0,"motion":0,"perspective":0,"clone":0,"crop":0,"enhance":0,"selection":0,"free_crop":0,"flip_rotate":0,"shape_crop":0,"stretch":0},"source":"editor","width":3343,"origin":"collage","subsource":"done_button","height":2508,"total_editor_time":1,"brushes_used":0}

SELEBRITI Mariah Carey mengejutkan ramai netizen dek penularan gambarnya yang tampak gemuk ketika melakukan sebuah persembahan di Caesars Palace.

Akibat penambahan berat badan, Carey dilihat sukar untuk menari dan beraksi ketika membuat persembahan tersebut.

FOTO / ASTRO GEMPAK

Ramai peminat yang mengkritik, tetapi masih ada segelintir yang memberi respons positif.

Carey bukan yang pertama mengalami masalah tersebut. Antara artis yang mengalami penambahan berat badan adalah seperti berikut;

1 . Val Kilmer

FOTO / BACAAN POPULER

Pelakon filem Batman pada tahun 1995 ini berubah secara drastik dengan penambahan berat badan yang mendadak. Menurut sumber, Kilmer dikatakan mengalami tekanan membuatkan selera makannya bertambah.

2 . Vince Vaughn

FOTO / BACAAN POPULER

Aktor filem The Internship dan Wedding Crasher ini juga mengalami masalah obesiti sehinggakan tidak lagi kelihatan kacak seperti dahulu.

3 . Alec Baldwin

FOTO / BACAAN POPULER

Bintang filem Mission Impossible ini mengalami masalah obesiti yang melampau sehingga menenggelamkan wajah kacaknya. Namun dia kini dikhabarkan sedang berusaha keras untuk mengembalikan berat badan yang ideal.

4 . Jonah Hill

FOTO / BACAAN POPULER

Pelakon filem 21 Jump Street ini tidak seperti teman karibnya, Channing Tatum yang terkenal dengan tubuh badan yang ideal dan seksi.

Ada yang berpendapat bahawa antara faktor yang menjurus kepada penambahan berat bintang ini adalah kerana memiliki wang yang banyak sehingga beliau mampu untuk memakan apa sahaja tanpa had.

Begitupun, Hill kini berjaya menurunkan berat badannya. Malah, tubuh badannya yang terkini juga berotot hasil daripada kerajinannya bersenam.

5 . Jessica Simpson

FOTO / BACAAN POPULER

Penyanyi yang sering tampak seksi suatu ketika dahulu juga pernah digosipkan melakukan pembedahan membesarkan payudara. Namun ternyata masalah paling besar yang dihadapinya adalah untuk mengembalikan berat badan yang ideal.

6 . Kelly Clarkson

FOTO / BACAAN POPULER

Kelly Brianne Clarkson merupakan penyanyi dan penulis lirik yang berpangkalan di Amerika Syarikat. Clarkson merupakan juara American Idol musim pertama.

Ramai peminat mengharapkan dia mengembalikan penampilan bertubuh langsing seperti dahulu.

 

SUMBER : ASTRO GEMPAK & BACAAN POPULER 

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini