Elizabeth Tan pinjam imej Britney Spears?

0
21

ANDA sudah menonton muzik video Knock Knock yang dinyanyikan Elizabeth Tan? Kalau belum anda boleh menyaksikannya di bawah ini. Secara keseluruhannya, ia sebuah muzik video ringkas berkonsep remaja; sekumpulan lelaki nakal mengurat perempuan, beraksi poyo dan perempuan pula tidak berminat.

Namun paling menangkap perhatian adalah kostum pelayan yang dikenakan Elizabeth dalam muzik video ini. Sekali imbas ia mirip kostum pramugari yang disarungkan Britney Spears dalam muzik video Toxic. Barangkali jika gerak tari Elizabeth lebih lincah, aura ‘Britney’ itu akan lebih menyerlah.

Menjadikan Johnny Rockets sebagai latar utama juga menepati konsep muzik video ini. Di mana lagi anda boleh menyaksikan para pekerja sebuah restoran menari mengikut rentak muzik selang setiap beberapa jam? Hanya di Johnny Rockets! Apapun selamat menonton Knock Knock.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini