Ekspedisi adrenalin Four by Four

0
5

4 jejaka, 4 pengembaraan, 4 kisah. Bersiap-sedia untuk merasai pengalaman ekspedisi mendebarkan empat hos yang mengendalikan rancangan terbaharu terbitan 8TV, Four by Four.

Four by Four - Group Photo
Empat jejaka yang menyertai ekspedisi Four by Four, Tajang Jinggut (dari kiri), Bryan Lim, Josiah Hogan dan Sufiz Allatif.

Melalui lembah dan lurah paling mencabar di empat buah negara Asia Tenggara iaitu Malaysia, Thailand, Kemboja dan Vietnam sambil menguji keupayaan mental dan fizikal menaiki pacuan empat roda model Isuzu MU-X sepanjang 45 hari, rancangan itu akan bersiaran setiap hari Rabu pukul 9.30 malam bermula 21 Oktober 2015 (malam ini).

“Ia merupakan rancangan realiti berkonsepkan pelancongan terbaharu dan lebih menarik apabila menggabungkan empat individu berbeza personaliti untuk merentasi empat buah negara menggunakan pacuan empat roda sahaja. Yang pasti, rancangan ini padat dengan emosi dan aksi spontan keempat-empat mereka,” kata Pengurus Besar Kumpulan ntv7 & 8TV, Airin Zainul.

Empat jejaka digandingkan bersama dalam usaha untuk membantu masyarakat menerusi Project Hope yang dilaksanakan oleh 8TV. Antara aktiviti yang dilaksanakan sepanjang rancangan tersebut termasuklah membersihkan gelanggang bola tampar di Krabi, Thailand dan membantu golongan kanak-kanak kurang berkemampuan di daerah terpencil di negara Kemboja.

Empat hos Four by Four merupakan pelakon dan pemuzik popular Josiah Hogan, cef selebriti Sufiz Allatif, jurufoto bebas Bryan Lim dan ekologis Tajang Jinggut. Ikuti temubual ringkas bersama mereka:

1.Josiah Padila Hogan, 29 (Kingsville,Texas Amerika Syarikat)

  • Nyatakan tiga benda yang wajib dibawa bersama ketika mengembara? (makanan, berus gigi dan ubat gigi, pemandu arah)
  • Mengembara selama 45 hari bersama tiga individu asing pastinya mencabar, apakah perangai buruk yang orang lain patut tahu mengenai anda? (Saya seorang pendesak apabila saya sudah bersedia dan seorang yang sangat malas apabila sudah penat. Jadi saya harap saya tidak menjengkelkan mereka dengan jenaka hambar adakalanya)

Josiah (1)

 

2. Bryan Lim Wai Kit, 24 (Kuala Lumpur)

  • Bagaimanakah anda mempersiapkan diri untuk ekspedisi ini? (Bagi memastikan saya mempunyai stamina yang mencukupi saya bersiap sedia daripada segi fizikal dan mental pula saya memperbanyakkan membaca dan menonton dokumentari mengenai negara yang akan dilawati)
  • Sebagai jurufoto apakah yang diharapkan daripada ekspedisi ini? (Pemandangan yang mengagumkan, budaya yang pelbagai, mercu tanda agung setiap kawasan dan kegembiraan)
Bryan (2)
Bryan Lim

 

3. Muhammad Sufiz Allatif, 31, (Kuala Terengganu, Terengganu)

  • Apakah yang mendorong anda menjadi cef selebriti? (Keluarga saya dan keghairahan untuk memasak. Saya rasa skil yang ada pada saya datangnya daripada ibu saya. Boleh saya sifatkan kemahiran saya tertumpu pada memerap, barbeku dan mencipta sos baharu)
  • Apakah hidangan yang sering anda ulang masak? (Pasta ‘wild-fire’ saya dan resepi barbeku)
Sufiz (1)
Sufiz Allatif

 

4. Tajang Jinggut, 24 (Kuching, Sarawak)

  • Kenapakah anda menyertai ekspedisi ini? (Saya sentiasa menginginkan perkara baharu dan pengembaraan berbeza. Saya tidak boleh menolak untuk mengembara ke empat buah negara menaiki pacuan empat roda dan ini merupakan hajat yang sudah lama saya simpan)
  • Kenapakah anda memilih untuk menjadi seorang ekologis? (Saya tidak pernah bercita-cita mahu menjadi ekologis sebenarnya malah keputusan peperiksaan saya tidak pernah memberangsangkan sehinggalah pada tahun akhir di universiti saya melipatgandakan usaha. Kemudian minat itu perlahan-lahan meresap dalam diri hingga berjaya mendapatkan sijil doktor falsafah (PhD). Minat mendalam saya dalam kajian ekologi air tawar, kitaran karbon dan perubahan iklim)
Tajang (5)
Tajang Jinggut

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini