EKSKLUSIF: Marsha Milan mohon privasi

0
13

KISAH penyanyi dan pelakon yang berasal dari Sabah, Marsha Milan Londoh memeluk agama Islam dan akan mengahwini jejaka muslim bukan cerita baharu dalam industri hiburan.

Semalam, isu tersebut kembali hangat diperkatakan apabila tersebarnya berita yang menyatakan Marsha, 30, sudah memeluk Islam dan bakal mendirikan rumah tangga bersama seorang jejaka Melayu dalam tempoh terdekat.

Bagi menjawab teka-teki dan kesahihan perkara tersebut, Pepatung mendapatkan kenyataan eksklusif daripada bekas pelajar Akademi Fantasia 3 itu.

“Saya minta maaf saya tidak dapat berkongsi sepenuhnya kepada semua. Apa pilihan hidup saya, siapa diri saya selepas ini dan siapa yang akan gembirakan saya, itu adalah hak saya. Dan bagi saya setiap orang punyai privasi hidup masing masing malah saya juga perlu menghormati setiap hati dan perasaan sebelum membuat sebarang kenyataan.

“Tetapi sudah tentu dengan setiap doa daripada peminat dan orang di sekeliling sangat membantu dan saya sangat menghargai kebaikan orang yang sentiasa berdoa buat diri saya.

IMG_8602

“Sukar sebenarnya untuk saya berkongsi semuanya kepada umum kerana tiada sesiapa memahami situasi yang sedang saya lalui dan saya pasti selepas ini akan ada pelbagai respons daripada orang ramai. Jadi saya memilih untuk berdiam diri buat masa ini.

“Kadang-kadang dalam hidup ini, orang mudah lupa dan jarang menghargai kebaikan dan perkara positif yang telah kita lakukan sebaliknya menilai dari sudut negatif seterusnya menjatuhkan seseorang.

“Saya tahu apa yang terbaik untuk kehidupan saya dan saya yakin dengan apa jua keputusan yang saya buat adalah keputusan yang terbaik untuk diri saya” jelasnya yang enggan mengulas lanjut mengenai isu-isu sensitif.

“Walau apapun keputusan itu, saya masih menjadi diri saya seperti sekarang,” simpul Marsha.

 

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini