Hiburan

Dua anak Britney Spears rakam video sergah ibunya

By  | 

PUTERI Pop dunia, Britney Spears berkongsi satu rakaman video yang menyaksikan dua anak lelakinya, Sean Preston dan Jayden James memeranjatkannya.

%d0%b1%d1%80%d0%b8%d1%822

Video pendek itu bermula dengan Preston, 11, memberitahu kepada kamera: “Kami berjaya mengambil telefon pintar ibu dan sekarang kami akan memeranjatkannya.” James, 10, pula bertindak sebagai perakam video.

Spears yang kemudiannya muncul disergah Preston nyata terperanjat sehingga jatuh terduduk di lantai dan memanggil Preston dengan nama penuh. Anak-anaknya pula hanya ketawa melihat jenaka nakal mereka menjadi.

Menerusi video tersebut, Spears dilihat mengenakan gaun tidur dan berkaca mata. Baru-baru ini penghibur berusia 34 tahun itu melancarkan album baharu, Glory, dan telah membuat persembahan di MTV Video Music Awards 2016.

Menjelang 24 September ini pula, Spears akan beraksi sempena iHeart Music Festival 2016 di Las Vegas, Amerika Syarikat sebelum terbang ke United Kingdom bagi menjayakan Apple Music Festival ke-10 pada 27 September depan.

Comments

comments

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan dan berkhidmat selama empat tahun sebelum menyertai Pepatung sepenuh masa. Berpengalaman dalam penulisan rencana terutama berkenaan gaya hidup, profil, minat ramai, isu semasa, fesyen dan hiburan.

Tinggalkan Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *