Hiburan

Drama online Dragon Ball Z garapan peminat kini viral

By  | 

SELEPAS filem pendek Power Rangers menjadi viral sejak beberapa hari lalu, kini tiba giliran sebuah lagi animasi popular 1990-an untuk mencuri perhatian dunia. Dragon Ball Z yang digarap ke dalam bentuk drama berepisod dengan judul Dragon Ball Z: Light of Hope mula disiarkan menerusi laman perkongsian video YouTube oleh sekumpulan peminat tegar animasi tersebut.

Dihasilkan oleh sebuah produksi kecil berbekalkan bajet rendah, penceritaan dan hasil usaha mereka menerima respons positif masyarakat dunia khususnya peminat Dragon Ball. Malah ada yang membandingkan projek mini itu adalah jauh lebih baik daripada produksi berskala besar Hollywood.

Anda masih ingat kegagalan Hollywood dalam menghasilkan filem Dragon Ball Evolution pada tahun 2009? Ya filem itu amat mengecewakan daripada pelbagai aspek. Tidak keterlaluan dikatakan jika produksi kecil bernamakan Robot Underdog ini diberi peluang menghasilkan karya untuk ke layar perak, hasilnya akan lebih bermutu dan menepati cita rasa penonton.

Apa yang membuatkan Dragon Ball Z: Light of Hope sebagai karya menarik adalah himpunan inspirasinya yang datang daripada pelbagai pihak terutamanya para peminat.

“Dragon Ball Z: Light of Hope tidak dihasilkan untuk mengaut keuntungan. Ia dibuat untuk para peminat dan tidak berkait atau ditaja oleh mana-mana pemegang lesen rasmi,” begitu penjelasan yang terpapar pada laman YouTube di bawah akaun Robot Underdog.

Setakat ini, hanya episod pertama yang disiarkan dan berkemungkinan besar tidak akan disambung tanpa sumbangan kewangan orang ramai.

Comments

comments

Memulakan kerjaya penulisan sebagai wartawan di sebuah akhbar berbahasa Melayu tempatan dan berkhidmat selama empat tahun sebelum menyertai Pepatung sepenuh masa. Berpengalaman dalam penulisan rencana terutama berkenaan gaya hidup, profil, minat ramai, isu semasa, fesyen dan hiburan.

Tinggalkan Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *