David Gandy tolak tawaran berlakon dalam Fifty Shades of Grey

0
10

KETIKA ramai yang sedang kecoh tentang pengharaman tayangan filem Fifty Shades of Grey di Malaysia, model dan pelakon, David Gandy mengakui pernah ditawarkan untuk memegang watak utama, Christian Grey menerusi filem erotik tersebut.

David Gandy 02

Saya pernah ditawarkan untuk membintangi Fifty Shades of Grey, 300: Rise of an Empire dan Hercules – yang mungkin akan direbut oleh pelakon-pelakon lain. Namun, saya bersyukur dengan kerjaya saya sekarang dan tidak terasa untuk berlakon,” ujar model yang berusia 34 tahun itu kepada portal Square Mile.

Ia bagaikan tidak kena. Dan naluri saya berkata tidak,” tambah David mengenai tawaran untuk menggalas karakter Christian Grey.

David-Gandy-03

Saya tahu, jika saya berlakon dalam sebuah filem yang berjaya, status saya akan berubah dalam masa semalaman. Saya tidak kata yang saya tidak mahu berlakon. Tetapi, saya lebih memilih watak yang ingin saya mainkan, bukan apa yang diberikan.

Para pengkritik dan peminat sastera kurang menyenangi Fifty Shades of Grey tetapi saya masih menghormati karya tersebut. Tetapi, adakah ia bersesuaian dengan saya? Tidak,” katanya jujur.

Kredit gambar: Jake Walters/ Marks & Spencer

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini