David Beckham, Brooklyn Kemalangan

0
14

BINTANG bola sepak terkenal, David Beckham dan anaknya, Brooklyn Beckham dilaporkan terlibat dalam kemalangan jalanraya di hadapan pusat latihan bola sepak pasukan Arsenal di Hertfordshire, England pagi semalam.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh portal berita Telegraph, kemalangan tersebut berlaku selepas David, 39, menjemput Brooklyn yang baru sahaja selesai daripada menyertai perlawanan bola sepak menentang pasukan Brighton di pusat latihan tersebut.

Dua beranak itu tidak mengalami sebarang kecederaan. Bagaimanapun, menurut seorang saksi, David berkemungkinan cedera di bahagian bahu.

Menurut laporan itu lagi, beg udara kereta jenis Audi milik David mengembang dan hampir keseluruhan daripada kerosakan akibat kemalangan tersebut dapat dilihat pada bahagian sisi pemandu.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini