Hiburan

Datuk Siti Nurhaliza rakam lagu Tamil

By  | 

SELEPAS merakamkan lagu berbahasa Inggeris dan Cina, penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza kini tampil dengan sebuah lagu dalam bahasa Tamil. Lagu berjudil Nenje Ezhu itu merupakan sebuah karya garapan komposer tersohor, A.R Rahman.

Memetik laporan portal Astro Awani, beliau dilihat membuat latihan serta menyanyikan beberapa bait lirik lagu tersebut menerusi rakaman klip video yang dimuat naik ke akaun Instagramnya.

Saya sedang berlatih sebutan Bahasa Tamil dan ini adalah satu cabaran baru buat saya. Ia adalah satu penghormatan buat saya menyanyikan lagu AR Rahman untuk International Superstars di Malaysia,” ungkap beliau.

Menurut laporan yang diterbitkan oleh Astro Ulagam, Siti merakam suaranya untuk tujuan promosi bagi acara kemuncak International Superstar 2015 yang merupakan pertandingan nyanyian antarabangsa India, yang bakal berlangsung pada 15 Ogos 2015.

Ia merupakan anjuran pertama pihak Astro yang bersifat antarabangsa dan pertandingan itu menampilkan wakil dari 5 negara; Malaysia, Singapura, Mauritius, Kanada dan India.

Comments

comments

Memulakan karier sebagai pembantu editorial untuk sebuah majalah bertemakan perkahwinan sekitar empat tahun yang lalu, langkah jejaka ini dalam bidang penulisan semakin berkembang tatkala idea untuk membina empayar kandungan digital Pepatung tercetus olehnya.

Tinggalkan Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *