Hiburan

Darah manis Sam (Bunkface), Aida

By  | 

TINGGAL dua hari sahaja lagi sebelum vokalis kumpulan Bunkface, Sam disatukan dengan belahan jiwanya, Aida Azira Hussin sebagai pasangan suami isteri dalam sebuah majlis yang dijangka berlangsung di Sri Kembangan, Selangor. Dalam senggang masa lebih kurang 48 jam itu, barangkali, Sam atau nama lengkapnya, Shamsul Annuar Mohd. Baharum sedang diulit rasa teruja dan gembira sebelum menempuh hari istimewa bersama calon isterinya.

Bakal bernikah pada 25 April ini, Sam pastinya menyimpan segunung impian untuk mencipta bahagia bersama Aida. Bahkan, sudah tersedia hamparan lagu berjudul Darah Muda yang digarap istimewa oleh jejaka yang berusia 28 tahun itu khas untuk bakal suri hatinya.

Pada hari yang bersejarah itu nanti, pasangan pengantin bakal diserikan dengan balutan busana yang direka khas oleh pereka fesyen Lynda Rahim. Manakala, momen-momen indah raja sehari pula bakal dibidik dan diabadikan oleh pemetik pengatup kamera, Myo Afif. Koh Tao, Thailand bakal menjadi destinasi bulan madu Sam dan Aida.

Sebelum rasa bahagia disemai, apa kata kita sama-sama berkongsi rasa bahagia bakal pengantin dengan membelek beberapa keping gambar pra-perkahwinan Sam dan Aida bertema Punk Rock yang dirakam secara profesional oleh Myo Afif.

Comments

comments

Tinggalkan Komen

Your email address will not be published. Required fields are marked *