Dakwaan Fasha ‘dihalau’ majlis, Nora Danish failkan saman fitnah

0
5

AKTRES Nora Danish mengesahkan telah mengambil tindakan undang-undang ekoran dakwaan Fasha Sandha dihalau daripada sebuah pertunjukan fesyen, Fenomena Aidilfitri 2017 yang disertai jenamanya, Owl by ND di DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur pada 10 Mei lalu.

Nora, 35, bertemu peguam semalam dan memfailkan saman fitnah terhadap tuduhan yang dimuat naik menerusi akaun instragam @fashasandha pada Khamis lalu.

Masih terkenangkan apa yang berlaku semalam. Yes, i am a single mother, and i have SUPER POWER. Tapi sekuat manapun, jatuh juga air mata tanpa henti semalam. Setibanya saya di hotel semalam, saya terus ke bilik Nursajat untuk bersiap. Tiba2 Nursajat beritahu saya, encik Izani Dari Pihak pengurusan Jakel memberitahu saya bahawa satu jenama artis lain yang turut ada dalam majlis fenomena raya tersebut akan TARIK DIRI jika saya hadir ke majlis tersebut. Saya terkejut, kenapa tiba2 ada drama pula. Saya, dengan rela hati, sudah bersedia untuk balik, kerana saya tidak mahu masalah dan saya ingin menghormati majlis tetapi saya dipujuk oleh Rita Datuk Sosilawati , nursajat dan Manager saya @iman_imran75 Supaya bersifat PROFESSIONAL. Lepas 15 minit, pihak jakel telefon Sajat kembali dan memohon maaf diatas salah faham. Kata dia, pihak pengurusan jenama artis tersebut yang tidak mahu kehadiran saya dan telah menukar fikiran untuk membenarkan saya datang. Saya benar2 celaru dan kusut dengan situasi yang terjadi semalam.Saya betul2 dalam dilema dan terkejut dengan apa yang jadi. Saya dalam keterpaksaan, saya menurut nasihat pihak pengurusan saya,supaya pergi. Saya dengan muka hiba, muka sembab baru lepas menangis, saya gagahkan diri saya untuk pergi. Saya kotakan janji, saya pergi hanya untuk sajat for the first show dan saya terus balik. Saya benar2 kecewa dengan apa yang terjadi semalam. Lain kali, kalau takmau saya ada, buat majlis solo, dah tentu majlis ni kepunyaan Jakel dan banyak jenama, Jadi akan ada jenama lain yang turut serta. Semalam awak cuba memalukan orang, cuba nak menghalau orang dari majlis. U think dengan nama dan kekayaan yang u ada, u boleh sesuka hati nak cuba menghalau orang dari majlis yang bukan kepunyaan u? Saya akan ingat peristiwa ini sampai saya mati dan saya mendoakan awak cepat sembuh dari segala penyakit awak. Saya juga mendoakan awak bahagia selalu dan jenama awak sukses. Bersihkan dalaman agar awak betul2 gembira dengan kehidupan awak,bukanlah hanya kepura puraan . Ingat ya, saya sedar diri saya, saya dah bersedia untuk balik, tapi kerana PROFESSIONALISM, saya gagahkan diri saya. All the best to you burung Hantu #moveonplease

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on

Biarpun kapsyen Fasha tidak menyebut nama Nora secara langsung, tetapi berdasarkan hashtag dan ayat berbaur sindiran tersebut seakan-akan memberi bayangan bahawa Nora akan menarik diri daripada pertunjukan fesyen sekiranya Fasha menghadiri acara tersebut.

“Pada awalnya saya tidak merasakan kapsyen tersebut ditujukan kepada saya memandangkan tiada sebarang kejadian yang terjadi seperti yang didakwa.

“Bagaimanapun selepas meneliti hashtag-hashtag yang digunakan, saya tidak menolak kemungkinan ia memang berkenaan saya.

“Selepas mengambil kira impak negatif terhadap bisnes dan maruah suami dan keluarga, saya nekad untuk mengambil tindakan undang-undang,” jelas Nora ketika ditemui media usai pertunjukan fesyen jenamanya pada pertunjukan fesyen Gaya Koleksi Raya 2017 yang berlangsung di Publika, Kuala Lumpur.

Tambah Nora, ekoran dakwaan tersebut, reputasi perniagaannya terjejas. Apatah lagi ketika dia sedang rancak mempromosikan produk pakaian sempena Aidilfitri akan datang.

“Segelintir peminat saya juga mula beralih arah dan melemparkan komen-komen negatif di media sosial. Bahkan, terdapat pelanggan yang ingin memulangkan baju raya jenama saya gara-gara kecewa dengan tuduhan tersebut.

“Isu saya dan Fasha telah berlarutan selama lapan hingga sembilan tahun. Kenapa baru sekarang saya nak halau dia? Sedangkan majlis itupun bukan saya yang anjurkan. Saya hanya dijemput sebagai antara 20 jenama bagi menjayakan pertunjukan fesyen tersebut.

“Saya juga bukan seorang individu yang suka mengaibkan orang di media sosial. Menyalahgunakan media sosial itu bukan cara saya.

“Kali ini saya tidak akan berdiam diri dan sangat bersedia untuk naik turun mahkamah,” tegas Nora.

Sementara itu, Pengarah Glass Go Media, Amir Ridzuan Ali selaku penganjur Fenomena Aidilfitri 2017 menyatakan permohonaan maaf kepada Nora dan Fasha.

Menurutnya, kejadian yang berlaku adalah berpunca daripada kesilapan dan kekeliruan daripada pihaknya. Nora tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan seperti yang didakwa dan kekeliruan Fasha juga datangnya daripada pihak mereka.

“Saya mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas kejadian yang terjadi. Saya mohon agar semua peminat menghentikan fitnah dan komen-komen negatif di laman sosial Nora dan Fasha.

“Pihak kami akan cuba menyelesaikan masalah ini secepat mungkin,” jelas Amir Rizuan yang sedang berusaha menghubungi pihak Fasha.

Selain Fasha, Nora turut memfailkan saman ke atas seorang penulis blog tempatan yang disifatkan melampau dalam berkongsi pendapat. Ulasan bersifat berat sebelah tersebut dianggap Nora sebagai tidak adil.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini