Coldplay akan berpecah – Chris Martin

0
13

CHRIS MARTIN, vokalis kumpulan Coldplay berkata, mereka mungkin akan membawa haluan masing-masing selepas muncul dengan album ketujuh mereka, A Head Full Of Dreams.

“Album ini merupakan album ketujuh kami.Kami melihatnya seperti novel terakhir Harry Potter,” kata Chris ketika ditemu bual oleh BBC Radio 1 baru-baru ini.

“Kami tidak mengatakan bahawa tiada album lain yang akan dirilis, tetapi album kali ini seperti sudah melengkapi perjalanan kami. Buat masa ini, kami melakukan sesuatu yang lain. Ia sungguh menyeronokan,” ujarnya.

Tambah Chris, Coldplay bakal muncul dengan sebuah konsert jelajah untuk mempromosikan album ketujuh mereka itu.

“Ia adalah perkara terakhir yang saya lakukan dan ia perlu dilakukan sebaik mungkin,” akhirinya.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini