Christina Aguilera kongsi gambar anak buat kali pertama

0
8

PENYANYI bersuara lantang, Christina Aguilera nampaknya masih enggan mendedahkan wajah anak keduanya, Summer Rain kepada umum. Pelantun lagu Beautiful itu bagaimanapun berkongsi gambar anak perempuannya itu menerusi entri yang diterbitkan di laman Instagramnya baru-baru ini.

Watch out…another one’s getting ready to conquer the world! #driven #diva2

A photo posted by Christina Aguilera (@xtina) on

Menerusi kapsyen gambar tersebut, Christina memberi amaran kepada pengikutnya supaya berhati-hati dengan si cilik yang dikatakan bakal membesar sebagai diva. Mungkin Summer bakal dididik supaya berperangai seperti Christina?

Summer Rain merupakan anak kedua Christina, tetapi pertama dengan tunangnya, Matthew Rutler. Terdahulu, Christina dikurniakan seorang anak lelaki, Max Liron Bratman hasil perkongsian hidup bersama bekas suaminya Jordan Bratman.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini