Chloë Grace Moretz bakal jayakan watak puteri duyung

0
7

TEKA-TEKI berkenaan aktres yang bakal memegang watak puteri duyung dalam filem adaptasi kisah dongeng The Little Mermaid akhirnya terjawab apabila pelakon Chloe Grace Moretz mengumumkan perkara tersebut menerusi akaun Instagramnya.

Chloë berkata, sudah berbulan lamanya dia menunggu untuk mengumumkan berita gembira tersebut dan tidak sabar untuk melalui pengalaman yang mengujakan.

Ini dia! Sudah berbulan lamanya saya menanti untuk berkongsi betapa gembiranya saya untuk bekerja dalam filem yang mendapat sentuhan Richard Curtis ini,” katanya.

Terdahulu, Richard turut menumpahkan sisi kreatifnya dalam pengarahan filem About Time dan Love Actually. Sebelum ini, beliau juga pernah menulis untuk skrip filem War Horse dan Bridget Jones’s Diary.

Kerusi pengarahan filem live-action tersebut masih kosong setelah pengarah asalnya, Sofia Coppola menarik diri atas alasan perbezaan kreatif. Difahamkan, menurut Variety, Sofia menolak untuk mengarahkan filem tersebut kerana enggan bekerja dengan Moretz.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini