Carly Rae Jepsen bakal beraksi di MTV World Stage Malaysia 2015

0
9

CALL me maybe? Because I really really really really really really like you! Acara tahunan terbesar, MTV World Stage Malaysia bakal menampilkan penghibur antarabangsa, Carly Rae Jepsen sebagai salah seorang penghibur yang akan membuat persembahan bersempena dengan penganjuran konsert tersebut yang dijadualkan berlangsung di Surt Beach, Sunway Lagoon pada 12 September depan.

Menerusi akaun Facebooknya, Carly berkata: “Percutian di Malaysia? Tak sabar untuk bertemu dengan peminat di sana dan menjadi sebahagian daripada MTV World Stage Malaysia 2015. It’s going ti be pretty spectacular!“.

Pelantun lagu Call Me Maybe itu bakal memanaskan pentas bersama barisan penghibur antarabangsa yang lain. Antaranya adalah kumpulan K-Pop Apink dan band dari Jepun, Sekai No Owari.

Bakal dirakam secara langsung untuk penerbitan antarabangsa, konsert yang diadakan secara terbuka itu merupakan antara acara terbesar yang menampilkan variasi penghibur di Asia Tenggara.

Acara tersebut bakal ditayangkan menerusi saluran MTV pada 26 September 2015 pukul 3.30 petang.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini