“Bunuh diri tindakan pengecut!” – Brian ‘Head’ Welch, gitaris KORN

0
24

GITARIS KORN, Brian ‘Head’ Welch, berkongsi kekecewaannya atas kematian vokalis utama Linkin Park, Chester Bennington.

Menerusi status yang dimuatnaik di laman Facebook rasmi @brianheadwelch , dia meluahkan rasa terkilan dengan tindakan Chester yang mengambil keputusan untuk membunuh diri.

“Chester merupakan seorang kenalan lama dan dulu kami sering meluangkan masa bersama. Namun, tindakannya benar-benar membuatkan saya marah. Tergamak dia memberikan mesej sebegini kepada anak-anak dan para peminatnya?

“Saya tidak boleh menerima keputusan untuk membunuh diri! Walaupun saya sendiri bertarung dengan tekanan emosi dan penyakit mental, serta cuba untuk bersimpati, tetapi sukar untuk meluahkannya dalam keadaan marah!

“Cukuplah! Berputus asa untuk hidup dan meninggalkan anak-anak dan para peminat merupakan penyelesaian seorang pengecut!”

Begitupun, Welch turut mendoakan kesejahteraan Chester dan berharap keluarganya dapat menempuhi fasa sukar ini dengan tabah.

Chester, 41, ditemui mati di kediamannya di Los Angeles, Amerika Syarikat awal pagi tadi. Dia meninggalkan enam cahaya mata hasil daripada dua perkahwinan.

Menurut laporan TMZ, Chester bersama Linkin Park sepatutnya menjayakan satu sesi fotografi di Hollywood hari ini. Linkin Park juga dijadualkan memulakan konsert jelajah di Boston pada 27 Julai ini.

TINGGALKAN RESPONS

Sila masukkan komen!
Masukkan nama anda di sini